in ,

Posisi Yoga Untuk Legakan Senggugut!

Sumber gambar: www.flickriver.com

Perempuan bila sudah tiba masa kita memang banyak betul perangai yang annoying dan ada sahaja benda yang tak kena dengan sekeliling kita. Walaupun tidak semua perempuan yang merasai sakit senggugut ini tetapi memang ramai yang memahami kawan atau keluarga kita bila terkena senggugut ini. Jadi, selain korang nak keep warm badan korang sepanjang masa waktu senggugut itu. Sebenarnya, ada benda yang korang belum explore lagi untuk legakan PMS korang itu dan caranya adalah dengan membuat beberapa posisi yoga selama beberapa minit. Jom tengok posisi yoga apa sahaja yang boleh legakan korang masa senggugut nanti. Hehe! 

LEGS UP THE WALL

Sumber gambar: pinterest

Ini adalah posisi paling mudah untuk legakan senggugut korang. Lebih lagi untuk yang memang sampai tidak boleh bergerak langsung waktu sakit itu. Korang naikkan sahaja kaki korang ke dinding atau mana-mana bahagian yang boleh membuatkan badan korang berada dalam posisi “L” dan korang tarik nafas secara perlahan. Ini mampu melegakan senggugut korang dan juga kaki korang sebab iya lah, kadang-kadang bila kita berdiri terlalu lama sampai tak perasan itu memang buatkan kaki jadi letih. Jadi, korang boleh lah cuba legs ups the wall ini nanti.

CHILD POSE

Sumber gambar: very well fit

Pose ini memang senang sangat, korang perlu stretch kan punggung bawah korang dan pastikan kedua lutut korang itu dijarakkan. Apa yang penting, korang kena relax kan badan korang ke hadapan. Dengan meregangkan badan ke hadapan dan kaki ke tepi ini ia akan legakan sakit belakang senggugut korang. Bukan setakat itu sahaja, ia juga akan tingkatkan kesihatan pada otot punggung korang tau! Pastikan juga setiap 5 ke 10 saat, korang stretch kan juga kepala korang ke kiri, kanan dan hadapan.

SPHINX

Sumber gambar: pinterest

Untuk pengetahuan korang, sphinx pose ini mampu menguatkan tulang punggung, tulang belakang dan redakan sakit pinggang. Gerakan yoga yang satu ini juga membantu korang stretch kan dada, bahu, perut dan boleh kurangkan stress korang sewaktu senggugut. Untuk korang yang kurang flexible, korang jangan paksa pula badan korang itu sampai lurus, kang benda lain pula jadi. Buat setakat mana korang sampai dan lega pun sudah cukup.

CAT COW POSE

Sumber gambar: pinterest

Disebabkan biasanya senggugut ini sakit di bahagian pinggang, perut dan tulang belakang. Cat cow pose ini boleh regangkan sedikit tulang belakang korang dan sekaligus kuatkan bahagian perut. Korang buat sahaja posisi seperti nak merangkak seperti kucing dan pandang bawah juga atas semasa sesi stretching. Pastikan korang tarik nafas setiap kali nak ubah gerakan itu okay!

RECLINED BUTTERFLY

Sumber gambar: pinterest

Gerakan reclined butterfly ini membuat tubuh korang di bahagian kaki seperti rama-rama. Kalau korang buat gerakan yoga yang ini pula ia akan legakan bahagian bawah badan korang dan korang juga akan cepat tidur. Jadi memang sesuai sangat untuk korang yang nak rehatkan badan sebab tak selesa itu.

Selain dari gunakan minyak angin, period patch, dan lain-lain.  Korang boleh juga cuba semua posisi yoga yang kami dah kongsikan ini. Iyalah, kadang-kadang ada yang tak suka nak letak apa-apa yang warm di badan mereka dan mungkin ini juga adalah salah satu alternatif lain yang korang boleh cuba masa korang senggugut.

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Perkara Biasa Tejadi Bila Kita Balik Kampung

Kelebihan Guna Ewallet Atau Pembayaran Online