in ,

Port OOTD Baru Di Jambatan Sekitar KL

Sumber gambar: twitter.com/ZiraAyang

Rasa macam nak pergi cari port OOTD pula weekend nanti, dapat port cantik mesti best! Tak sabar nak tunggu weekend, cari port OOTD yang best untuk gambar baru dekat Instagram!

For those yang kaki OOTD, korang pening kepala nak cari port baik ambil gambar tak? Tapi kalau dah kreatif, ambil gambar dekat ampaian baju mak pun dah cantik tau. Cuma kadang-kadang nak juga ada kelainan dalam gambar, OOTD dekat tempat yang menarik perhatian. Mana tahu lepas korang ambil gambar dekat situ, makin ramai pula orang berkunjung ke sana. Baru bangga sikit yang korang dah ambil gambar dekat tempat tersebut sebelum ia viral, YAAAS!

Nak cakap tentang port OOTD memang ada banyak dekat Malaysia, tapi tu dah biasa.. Kali ini kita cuba lain daripada yang lain pula nak? Kita OOTD dekat jambatan.. Jambatan bukan sebarang jambatan, jambatan ini memang cantik dan onz terus kalau korang pandai ambil angle yang menarik. Haritu Ainaa ada nampak orang post idea OOTD dekat jambatan menarik, bila tengok semula semua itu rupanya dalam tak sedar Ainaa sendiri pernah pergi jambatan yang dia maksudkan. Silap pula waktu tiu tak terfikir nak ambil gambar cantik-cantik! Dekat bawah ini kami akan senaraikan beberapa port OOTD jambatan yang menarik perhatian korang. Check it out~

ELMINA VALLEY RAINBOW BRIDGE, SHAH ALAM

Image result for elmina valley rainbow
Sumber gambar: Klfoodie

Kalau korang duduk dekat kawasan Elmina Valley, ini ialah tarikan terbaru sejak kawasan perumahan dekat sana dibuka. Di jambatan ini, korang boleh nampak pemandangan yang menarik sekitar kawasan Elmina. Sepanjang jambatan ini memang cantik, korang kena pandai cari angle ambil gambar sebab semua tempat cantik. Lagi best sebab jambatan ini berwarna-warni, so memang onz kalau korang bersiap cantik-cantik lepas itu OOTD berjemaah dengan kawan-kawan dekat situ. Dah alang-alang dekat situ, boleh jogging sekejap dekat bawah. Or else dekat kawasan jogging pun boleh juga ambil gambar. Ala, pokoknya dekat situ memang paling onz kalau nak OOTD!

NU SENTRAL OVERHEAD PEDESTRIAN BRIDGE, KL

Pada suatu masa dahulu, jambatan dekat NU Sentral ini sangat famous dalam kalangan igers which is geng geng yang suka shoot untuk IG. Waktu itu ramai orang pergi ambil gambar dekat situ sehinggakan escalator di situ penuh orang ambil turn nak bergambar. Rekaan jambatan ini berbentuk retro dan simetri membuatkan ia bertambah cantik. For those yang nak ambil gambar dekat sini, tak susah untuk korang cari angle sebab dah tersedia petak petak dekat situ untuk memudahkan bergambar!

SALOMA LINK BRIDGE, KUALA LUMPUR

From Kampung Baru to KLCC! Hanya mengambil masa selama 15 minit sahaja jika korang melalui Saloma Link Bridge yang terletak di tengah Kota Kuala Lumpur. Kalau korang dari LRT Kampung Baru, hanya perlu berjalan 100 meter untuk menuju ke jambatan tersebut yang terletak di Lorong Raja Muda Musa 3 atau lebih mudah, berdekatan dengan Menara Public Bank. Nak makan makanan Melayu dekat Kampung Baru? Ikut je jambatan ini, korang akan terus sampai dekat deretan kedai makan best. Pada waktu malam, lampu LED Saloma Link akan berubah warna, persis seperti dekat Bridge of Peace dekat Tbilis, Georgia. At the same time, dekat bahagian tepi jambatan itu, korang akan nampak kawasan perkuburan Jalan Ampang yang mana dekat situ terdapat kubur Allahyarham Seniman Agung Tan Sri P Ramlee dan isterinya, Allahyarhamah Puan Sri Saloma. So, kalau dekat situ, jangan lupa sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua-dua mereka. For those yang kaki OOTD, sila ambil port korang, set up kamera dan mulakan posing! Rugi kalau pergi sini tapi tak ambil gambar sebab memang onz teruk! Tak kisah siang atau malam, kedua-duanya sangat cantik.

JAMBATAN PUTRAJAYA

Image result for jambatan putrajaya waktu malam
Sumber gambar: Cari destinasi

Selamat datang ke Putrajaya! Tak sah kalau lalu sini tak ambil gambar masuk ke dalam IG! Siapa yang ke Putrajaya mesti akan ambil gambar jambatan yang berlampu ini kita geng!! Sebenarnya korang boleh je berhenti dekat tepi jambatan untuk bergambar, cuma ada waktu yang tertentu. Takut kalau korang satu family berhenti dekat situ, kereta kena tarik pula! Jambatan ini merupakan salah satu mercu tanda Putrajaya yang gah selain bangunan Seri Perdana berhampiran dengan Masjid Putra. Kalau nak OOTD dekat situ, kena berhati-hati okay!

Dalam banyak-banyak jambatan ini, ada satu jambatan yang korang tak boleh ambil gambar which is jambatan hati saya, eh? Nanti kalau korang ambil gambar dekat mana-mana jambatan ini, jangan lupa tag Lunaria sekali okay!

What do you think?

7 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments