in ,

Port Makan Dan Lepak Terbaik Untuk Raikan Hari BFF Sedunia

Sumber gambar: www.instagram.com/dinna_lunaria

Korang tahu atau tidak? Yang sebenarnya bulan Jun ini ada hari yang istimewa untuk kotang dan BFF korang? Ha, tak tahu kan? 8 Jun ini sebenarnya adalah Hari BFF Sedunia, jadi mungkin korang semua boleh sambut hari istimewa ini dengan BFF kesayangan korang dengan ajak makan di kafe atau restoran yang best. Iya lah, kan dah lama duduk rumah sebab PKP ini dan lagi pula sekarang ini banyak kafe dan restoran yang sudah dibuka tapi korang tak boleh duduk lepak beramai-ramai. Okay lah tu sebagai green light untuk korang raikan Hari BFF sedunia.

KEDAI HIPSTER

Sumber gambar: Daniel food diary

Tidak dinafikan, kalau lepak kedai hipster. Memang korang dan BFF boleh luangkan masa korang dengan makan dessert dan minum kopi dengan seronok! Bukan setakat itu saja, biasanya, kalau di kedai hipster ini. Tempat lepak dia memang sangat sesuai untuk korang ambil gambar dan korang boleh lah ambil gambar dengan BFF korang.

24 APRIL, BANGI

Sumber gambar: wanderlust dj

Memang sesuai untuk korang yang tinggal di Bangi dan kawasan yang dekat dengan 24 April ini. Kafe ini memang sesuai untuk korang yang suka makanan yang best dan murah, selain itu, kawasannya yang nampak seperti bawah tanah ini memang sesuai dengan konsep untuk korang chill dengan BFF korang.

KEDAI MAMAK

Sumber gambar: rojak daily

Antara port lepak paling win di hati semua orang sebab dah lah service laju, makanan sedap dan murah, suasananya juga memang sesuai dengan korang yang suka berbual kuat-kuat dengan kawan korang. Kedai mamak adalah tempat paling terbaik untuk korang isi masa bersama kawan korang sewaktu Hari BFF sedunia nanti.Β 

TAPAK, JALAN AMPANG

Sumber gambar: Uppre

Korang mesti tahu yang TAPAK ini memang ada banyak cawangan. Akan tetapi kalau korang suka dengan pemandangan bandar di Kuala Lumpur. Korang boleh lah lepak makan dengan BFF korang di TAPAK, Jalan Ampang sebab di sini memang ada banyak food truck dengan makanan dan minuman yang menarik. Sambil lepak, bolehlah korang makan dan minum juga kan? Hehe!Β 

KAMPUNG BARU

Sumber gambar: will fly for food

Memang untung sangat jadi orang yang tinggal di tengah Kuala Lumpur sebab di Kampung Baru ini memang ada banyak sangat restoran, kafe, gerai, dan kedai makan yang sampai buatkan mata korang rambang nak duduk lepak di kedai yang mana satu. Bukan setakat makanan di situ yang murah tetapi Kampung Baru memang port lepak yang terkenal dengan makanan yang sedap.

Jadi, walaupun tempat lepak ini nampak murah dan berpatutan. Ia kena lah dengan jiwa korang yang muda dan suka kan chill itu sebab semua tempat ini memang sesuai untuk korang lepaskan rindu sambil berbual kan hal apa yang korang dah lama nak bual kan dengan kawan selama PKP hari itu. Mungkin selepas ini ada di antara korang yang dah kena masuk asrama semula ke, ada yang dah nak masuk kolej ke dan lain-lain. Lebih baik kita jumpa dan lepak sekarang kan? Setuju tak? Hehe!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Apa Nak Buat Bila Hubungan Dengan BFF Dah Renggang?

Drama Korea Bulan Jun Kembali Lagi!