in ,

Port Lepak Lepas Sekolah Paling On!

Sumber gambar: Anime Wallpapers – Desktop Nexus

via GIPHY

Ehemmm, #Lunagirls lepas habis sekolah biasanya akan terus balik rumh atau lepak dulu dengan kawan-kawan? Biasanya korang cari port lepak dekat luar sekolah atau dalam sekolah? Nak pergi tengok wayang nanti kena marah sebab pakai uniform sekolah. LUNARIA ada idea untuk korang yang nak spend time dengan kawan dekat sekolah dengan cara mudah tanpa kena marah…

KANTIN SEKOLAH

Sumber gambar: kantincantikskgemas.blogspot.com

Paling senang, paling jimat dan paling dekat sekali. Maybe korang ramai-ramai nak bincang something tentang projek kelas… Kalau dekat kanting senang sebab meja pun luas dan kawasan terbuka. Lagi best sebab boleh order makan minum sekali. Habis bincang boleh terus makan. Hehe!

PADANG SEKOLAH

via GIPHY

Biasanya cikgu mesti tak marah kalau korang tak balik rumah lepas dah habis waktu sekolah, tapi ni hanya valid untuk korang yang sekolah sesi pagi je tau. Cari port best bawah pokok dekat area padang sekolah then bentang tikar. Boleh la bawa makanan sikit or habiskan masa dengan siapkan kerja sekolah sama-sama.

LIBRARY

via GIPHY

Dah nama pun library, mesti tak boleh bising kan. Kita tukar konsep sikit, kalau korang nak bergosip boleh juga tapi kena cari port paling belakang dan tak ada orang. Jangan pula korang gosip pasal cikgu, nanti kantoi dah satu hal. Cukup korang berbual tentang random stuff tapi make sure jangan buat bising okay.

PONDOK SEKOLAH

Sumber gambar: MTs. Muhammadiyah 1 Malang

Setiap sekolah mesti ada pondok kecil dekat tepi bengkel, tepi taman Sains… Ha, ni la port lepak baru korang lepas habis waktu sekolah. Sambil lepak dekat situ boleh la belajar nama saintifik pokok dekat keliling tu. Ajak BFF korang sekali and buat la apa korang suka, nak siapkan homework ke, bincang tentang masa depan pun boleh juga girls. Haha!

via GIPHY

Siapa kata nak lepak lepas sekolah kena pergi dekat luar kawasan sekolah? Dalam sekolah pun ada banyak tempat best untuk korang explore tau. Tapi make sure jangan buat benda bukan-bukan dan jangan buat bising okay.

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Sekolah Power, Ada Sejarah Tersembunyi

Harga Phone Bawah RM500? Must Have!