in ,

Port Dalam Kelas Paling Boekk Gaiss!

Sumber gambar: ArtStation

via GIPHY

Bawah kipas? Tepi pintu? Depan cikgu? Belakang sekali? Mana satu port favorite #Lunagirls dalam kelas? Bila ada orang ‘curi’ tempat duduk kegemaran, boleh mendatangkan marah! Huhu! Sekolah korang boleh pilih tempat duduk dalam kelas atau cikgu yang tetapkan? Kalau boleh pilih sangat best.. Jom tengok sikit mana agaknya port terbaik dalam kelas!

BAWAH KIPAS

via GIPHY

Ni memang port favorite ramai sebab tu je tempat yang paling sejuk sekali dekat dalam kelas! Lagi best bila habis je kelas PJK, dapat duduk dekat situ mesti rasa lega je.. Bila dah dapat tempat duduk dekat situ mesti korang sendiri tak nak tukar duduk tempat lain kan? Tapi kalau cuaca tengah sejuk, port macam ni mengundang untuk tidur! Jaga-jaga #Lunagirls! Hehe!

DEPAN CIKGU

Sumber gambar: Tes

Kalau tempat duduk depan meja cikgu ni tak lain dan tak bukan mesti sebab dekat belakang dah penuh.. Konsepnya kerana terpaksa ku relakan untuk duduk dekat depan meja cikgu! Haha! Tapi ada juga students yang memang suka duduk depan sekali sebab lagi mudah nak fokus dalam kelas! #PelajarContoh

BELAKANG SEKALI

via GIPHY

Biasanya orang kata kalau duduk belakang sekali ni budak nakal dan selalu bermasalah.. Haip! Tak semua pelajar macam tu tau.. Sebab ada je yang suka duduk belakang tapi rajin belajar dan selalu fokus dalam kelas atau dia tinggi sangat so kena duduk belakang nanti kawan lain susah nak tengok whiteboard! Haha! Psst, kalau duduk belakang ni kadang-kadang susah nak kantoi dengan cikgu kalau tidur dalam kelas.. Hehe!

TEPI TINGKAP

Sumber gambar: Recommend Me Anime

Aiippp, jangan berangan ya bila dah duduk tepi tingkap tu! Kawal sikit mata tu bila ada orang lalu-lalang okay.. Bila duduk tepi tingkap ni susah nak fokus bila duduk tepi tingkap. Lagi geram bila tengah belajar lepas tu kawan kelas sebelah kacau kita dekat tepi tingkap tu.. Ainaa selalu buat macam tu dekat kawan Ainaa! Hihi!

Masa sekolah dulu, Ainaa duduk dekat depan sekali.. Sebab tak nak hilang fokus dalam kelas, dan seanng nak tanya cikgu kalau tak faham. Kalau mengantuk mesti rasa serba salah nak tidur.. Hehe! Korang pula suka duduk dekat mana? Cepat komen dekat bawah!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Asyik Main PUBG Je, Jom Main Riddle Pula!

Haa! Ikut Cara Ni Kalau Takut Powerbank Meletup!