in ,

Popular Dekat IG Je? Jom Popular Dekat Sekolah Juga!

Sumber gambar: Mod DB

via GIPHY

Kalau #Lunagirls nak tahu, tak semua social media influencers popular dekat sekolah tau! Tapi sebenarnya #Lunagirls kalau nak famous dekat sekolah pun boleh tau.. haipp, mestilah kena dengan cara positive dan akan tinggalkan kesan yang baik pada sekolah! Korang teringin nak tahu tips and tricks cara jadi popular dekat sekolah? Haa, ini caranya…

KAWAN DENGAN SEMUA ORANG

via GIPHY

Orang kata berkawan biar seribu… So apa yang #Lunagirls boleh buat ialah korang kawan je dengan semua orang dekat sekolah, tak kisah la apa sekali pun latar belakang diorang. Kaya, miskin, bijak, kurang bijak, cantik, comot, korang just be friendly with everyone! Bila dah kawan dengan ramai orang, mesti bila korang jalan dekat area sekolah, ada je yang tegur say hi! Hehe!

ATLET SEKOLAH

via GIPHY

Selalunya atlet sekolah ni akan dapat extra attention daripada student lain dekat sekolah kan? Haa, apa lagi girls.. Jom aktif dengan join apa-apa sukan dekat sekolah! Plus, kalau korang memang aktif dalam certain sukan, boleh la terus jadi wakil sekolah and automatic di gelar sebagai atlet. Lagi bagus kalau korang buat group sukan tu with your squad and buat special jacket untuk pakai sama-sama!

GOOD STUDENT

via GIPHY

Setiap kali exam, cuba untuk score straight A… Mesti kalau korang dapat score, korang akan naik pentas waktu Hari Anugerah Cemerlang dan terus terkenal satu sekolah atas kebijaksanaan yang korang ada! Nak extra pahala bila dah dapat score tu, ajar la kawan-kawan lain yang perlukan bantuan. Sebenarnya kalau kongsi ilmu lebih baik dan kita pun akan lebih faham juga!

PEGANG JAWATAN TINGGI

via GIPHY

Biasanya kalau dah senior mesti dapat ‘bolot’ jawatan tinggi dalam kelab kokurikulum kan? Korang try aim  jadi Naib Pengerusi, Bendahari ke, Setiausaha ke at least ada jawatan dalam mana-mana persatuan yang korang join. Cara tu akan buat ramai orang kenal korang. Tak percaya? Try la dulu. Hehe! Sekarangkan baru nak tubuh persatuan kokurikulum, jangan luba volunteer diri untuk apa-apa jawatan tau!

BTW girls, apa yang LUNARIA bagi ni bukan la nak mengajar korang untuk dapatkan perhatian. Hanya sekadar untuk simpan kenangan manis dekat sekolah dengan kawan-kawan.. Tapi biar la famous sebab sikap positive dan bukannya sebab negative. Okay girls?

What do you think?

7 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Terlebih Hormon Perempuan Boleh Dapat Cancer?

Sehari Tanpa Internet #Lunagirls Boleh Survive Tak?