in

Pokok Lidah Jin Buat Tidur Lebih Lena!

Sumber Gambar: http://www.jambrong.com

Hello #Lunagirls nak tahu tak, sistem pengudaran yang bagus membantu korang tidur dengan lena. Mesti macam terfikir kena buka tingkap bilik besar-besar ke, eh bukan ye #Lunagirls tapi dengan meletakkan tumbuhan hijau di dalam bilik. Di katakan tumbuhan hijau ni boleh menenagkan mata dan baik untuk mengawal emosi dan mental. Mari LUNARIA bagitahu tumbuhan hijau yang elok untuk letak dibilik.

POKOK LILI PARIS

Sumber Gambar: http://zonatanamanhias.blogspot.com

Pokok yang terbaik memulihkan udara yang tercemar malah dari kajian sains ia boleh menyingkirkan 90% komponen udara penyebab kanser, dan dapat membersihkan udara yang tercemar dengan bau busuk dan hapak.

POKOK LIDAH JIN

Sumber Gambar: https://www.drcheputeh.com

Ha! takutkan nama pokok ni tapi pokok ni paling mudah dijaga! Ia mengembalikan kualiti udara yang baik dan ia mengelurkan oksigen pada waktu malam dan pada yang sama mengambil karbon dioksida. Mesti akan lebih tenang tidur #Lunagirls.

ALOE VERA

Sumber Gambar: https://www.medicalnewstoday.com

Pokok yang boleh hidup sendiri dengan hanya memerlukan sinaran matahari ni memang sesuai di bela dalam rumah, korang letak je tepi tingkap hiduplah ia. Bukan setakat memberi oksigen malah boleh dijadikan sebagai perubatan juga untuk mengubati luka, kulit kering dan bermacam lagi. Senang cerita 2 in 1 la hihi.

ENGLISH IVY

Sumber Gambar: http://cosmopolitan.my

Pokok ni bukan sahaja boleh memberi oksigen yang bagus tetapi juga boleh dijadikan sebagai perhiasan. Letakkan la ia di bingkai katil sebab ia akan melilit dan tumbuh dengan subur sekiranya dijaga dengan elok. Siapa yang suka nature tu boleh letak dalam bilik.

POKOK JASMINE

Sumber Gambar: https://www.youtube.com

Kajian mendapati pokok ini mampu meningkatkan kualiti tidur dengan memperbaiki masalah tekanan dan insomnia. Memiliki bau yang wangi dan akan menenagkan si penghidu. Tak payah dah beli perfume bilik.

Nampakkan yang tumbuhan hijuan ni bukan sekadar hiasan, sebab pada yang sama ia memberi kita kebaikkan seperti yang LUNARIA bagitahu. Apa lagi, hujung minggu ni dah boleh ke nursery untuk pilih tumbuhan yang mana untuk bilik tidur korang.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Badan Senang Kena Tiup Angin Sebab Underweight?

Aww! Sleepover Party Dengan BFF Jadi Best Kalau…