in ,

Pokemon Master Trending Sampai 27 Negara?!

Sumber gambar: https://www.dexerto.com/pokemon/pokemon-masters-leak-671153

Siapa ingat lagi fenomena Pokemon Go beberapa tahun lepas? Agak-agak ada tak #Lunagirls yang pernah main Pokemon Go ni? Ainaa dulu pun terjebak jugak dengan geng mencari Pokemon sampai sanggup pergi taman permainan untuk ‘cari’ Pokemon.

Tapi sekarang Ainaa bukan nak cakap tentang Pokemon Go, tapi game terbaru iaitu Pokemon Master! Game Pokemon Master ni baru je diperkenalkan pada 29 Ogos yang lepas. Karakter yang ada ialah karakter daripada kartun Pokemon sendiri dan pemain akan dapat buat satu team yang dianggotai trainer Pokemon yang lain.

Image result for pokemon master game
Sumber gambar

Keseluruhannya, game Pokemon Master ni akan menguji kecerdikan pemain yang perlu gunakan beberapa strategi pertempuran. Kalau dulu dekat Pokemon Go kita hanya perlu cari kartun Pokemon dekat kawasan berdekatan. Tapi untuk game Pokemon Master ni, korang akan berlawan dengan trainer lain berlatar belakangkan sebuah pulau.

Macam game yang lain, korang perlu ‘invest duit’ untuk ‘beli’ barang-barang yang diperlukan bagi tujuan update. Sejak game ni dilancarkan, ia dah jadi top search game dekat Apps Store yang dah di download dekat hampir 27 negara termasuk Amerika Syarikat dan Jepun.

Wow! Bukan biasa-biasa game Pokemon Master ni! Tu baru dekat Apps Store, tak termasuk Play Store lagi! Since dah capai angka yang tinggi, ada beberapa pengguna alami masalah yang mana mereka tak dapat nak buka apps sebab ada gangguan akibat terlampau ramai pengguna pada masa yang sama.

So girls, korang dah install belum Pokemon Master ni? Ainaa rasa macam nak main la pula game ni, hehe! Jom kita battle nak?

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tik Tok Wujudkan E-boy dan E-girl

Tips Stail Untuk Nampak Kurus