in ,

PMS Kuasai Diri, Atasi Dengan Cara Ini

Sumber gambar: Blackpinkupdate

Arghh tak suka la bila period ni. Mula la nak marah orang, moody tak tentu pasal. Tak masuk lagi rasa nak makan itu ini, menangis tiba-tiba la. Haihh

via GIPHY

Siapa je yang suka bila PMS atau nama panjanganya Premenstrual Syndrome ni datang. Biasanya ia akan datang ‘singgah’ waktu sehari sebelum atau sehari selepas period. Kalau sebelum period dah rasa PMS ni, maksudnya korang dah kena get ready la untuk mengalami perasaan yang bercelaru. PMS ni bukan sahaja membuatkan kita moody, tetapi turut membuatkan kita rasa cepat letih, mengantuk, lesu, pening kepala dan banyak lagi sehingga membuatkan kita rasa nak marah dan terlalu sensitif.

Ada banyak cara sebenarnya untuk tenangkan diri sepanjang mengalami gejala PMS ni. Walau tak suka atau benci pun kita dekat PMS ni, kita tetap kena laluinya sewaktu period. Ainaa akan suggest beberapa cara yang berkesan untuk korang cuba selepas ini.

KURANGKAN MINUM CAFFEINE

Image may contain: 1 person, outdoor
Sumber gambar: Instagram Mirafilzah

Dapat pula sekarang tengah musim PKP, memang kalau boleh setiap masa nak minum dalgona coffee kan. Maklum la, nak buat pun senang, sebab tu dah tak perlu ke Starbucks dah. Get ready je banya-banyak serbuk Nescafe dekat rumah tu. Bagi penggemar minuman berkafein, korang kena kurangkan pengambilannya sekiranya sudah sampai untuk korang period. Minuman berkafein sebaliknya akan menambahkan lagi rasa kurang selesa dalam badan. Sebaliknya minum la air suam dengan lebih banyak supaya ia mampu untuk melegakan rasa sakit yang sedang kita alami. Kalau korang dapat maintain kurangkan minum minuman kafein sewaktu hendak datang bulan, mesti PMS korang akan berkurangan.

DAPATKAN TIDUR YANG CUKUP

Steam Workshop :: Lisa Blackpink Sleep
Sumber gambar: Streamcommunity

Pertukaran hormon sentiasa membuatkan kita sukar untuk tidur dan menjadikan mood bertambah teruk. Lagi-lagi kalau jenis yang suka tahan mata atau habiskan masa dengan aktiviti lain sewaktu masa tidur. Kita dinasihatkan untuk mendapatkan tidur yang mencukupi dalam 7 sehingga 9 jam setiap hari untuk mengimbangkan semula mood. So, kurangkan la aktiviti tengok movie waktu malam tu ya kalau dah nak dekat masa untuk period.

SENTIASA POSITIVE

Positive Vibes by Micz B on Dribbble
Sumber gambar: Dribble

Bila dah PMS tu mula la laju je mulut tu nak maki orang kalau ada yang buat silap. Bersabar sikit ya girls, anggap la itu semua dugaan untuk kita setiap bulan. Sentiasa amalkan sikap positive dalam diri sebab ia juga mempengaruhi tahap kesihatan kita. Just imagine korang asyik marah-marah tak tentu pasal, nanti badan pun rasa negative sentiasa, mula la rasa sakit tu akan bertambah lagi. Perbanyakkan baca positive quotes dan anggap rasa sakit tu sebagai perkara biasa sebagai seorang wanita. Nanti bila kita dah dewasa, rasa PMS tu akan berkurangan sedikit sebanyak sekiranya sikap positive tu diterapkan dalam diri mulai sekarang.

MAKAN MAKANAN BERKHASIAT

via GIPHY

Ainaa pernah buat experiment atas diri sendiri berkaitan pengambilan makanan ketika sebelum period. Boleh dikatakan Ainaa memang suka sangat minum air berais, air sejuk, fast food, air berkarbonat dan macam-macam lagi makanan yang tak berkhasiat. So apa yang Ainaa lakukan ialah dalam seminggu sebelum period, Ainaa stop sekejap makan makanan tak berkhasiat dan ubah kepada makanan berkhasiat. Hasilnya PMS dan senggugut pun berkurangan. Terbukti la bahawa kita memang kena makan makanan sihat supaya badan dapat menghasilkan tindak balas yang baik. Kurangkan makanan makanan tak berkhasiat dan perbanyakkan pengambilan sayur-sayuran.

Bagi Ainaa, apa yang penting sebenarnya kita kena setiasa bersedia untuk menghadapi PMS ni. Walaupun setiap bulan datang period, tapi kita sendiri tak boleh nak predict keadaan badan kita. Kurangkan sifat negative dalam diri sepanjang waktu period ni okay.

What do you think?

-2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Movie Sesuai Untuk Tontonan Remaja Kebosanan

Idea Aktiviti Fasa Terakhir Ramadan Jika Korang β€˜Pishang’