in ,

Plan Nak Disiplin Sepanjang PKP, Tapi Fail! Siapa Macam Ini Juga?

Sumber gambar: pinterest.com/DaraQ567

Hari itu, ingat lagi tak segala azam korang sewaktu awal tahun 2020? Dan tiba-tiba pada awal bulan Mac pula. Sewaktu cuti kuarantin diberikan, ramai juga yang berazam kononnya kalau duduk di rumah, korang boleh buat pelbagai aktiviti yang mampu bantu korang untuk tukar gaya hidup kepada yang lebih sihat. Hehe! Mesti ramai yang buat macam itu kan? Dan korang masih steady ke buat semua itu atau sudah K.O atau angkat bendera putih menandakan semua itu sekadar kita hanya mampu merancang, tuhan yang menentukan? Haha! Okay! Jom kita tengok antara benda apa yang korang plan nak disiplin waktu PKP, tapi eh alamak! Tak jadi pula…

TIDUR TAK TENTU

via GIPHY

Mesti ramai diantara korang yang rancang, bila mula PKP ini mesti boleh isi masa dengan nap banyak kali dan tidur awal kan? Tapi tiba-tiba, waktu tidur korang terus jadi berterabur sebab ada yang layan movie marathon dan Netflix sampai tak tidur beberapa hari dan selepas itu korang ganti semula waktu tidur berhari-hari. Bukan setakat itu sahaja, ada juga yang cuba hidup seperti burung hantu dengan berjaga pada waktu malam, waktu siang dia tidur, betul tak?

NAK DIET

via GIPHY

Nak diet lah! Ha! Mesti ramai yang letak ini dalam plan PKP dan juga sebagai goals tahun 2020, betul tak? Tapi bila dah bangun lambat, Netflix dan bosan tak boleh pergi keluar sangat. Dapur mak korang itu mesti sentiasa menjadi destinasi pilihan utama korang sewaktu kuarantin kan? Iya lah, mesti korang akan ada banyak stok snek, makanan, bahan nak buat kek atau makanan ringan sebagai peneman waktu bosan kuarantin kan! Memang terus tak jadi nak diet kan?

ASAH BAKAT & KEMAHIRAN

via GIPHY

“Hmm, macam best kalau cuti kuarantin ini kita cuba asah bakat yang kita belum explore ni!”. Itu adalah kata-kata sewaktu korang cuba letak dalam list aktiviti nak cuba waktu PKP, tapi mesti ramai yang cuma bangun tidur, mandi, makan, Netflix, belajar, tidur dan repeat kan? Haha! Nak cuba tambah kemahiran dan bakat baru pun terus ke laut. It’s okay! mungkin masa kuarantin ini sahaja kita tiada mood nak cuba sesuatu yang baru. Nanti korang boleh cuba next time kan! Haha! 

BELAJAR & ULANGKAJI

via GIPHY

Waktu PKP ini memang ada banyak sangat masa untuk kita semua nak belajar dan ulangkaji. Sebab cikgu tak beri banyak sangat kerja sekolah. Kalau ada online class pun cikgu lebih suruh fokus untuk ulangkaji sahaja kan? Lebih lagi, UPSR dan PT3 sudah dibatalkan untuk batch 2020, untuk calon SPM pula akan ditunda pada awal tahun hadapan. Lagilah korang rasa macam banyak lagi masa nak belajar kan? Apa pun, pastikan korang belajar juga sebab tak nak nanti korang last minute menyesal sebab tak belajar awal-awal! 

Betul tak apa yang kami cakap ini? Mesti kebanyakan perancangan korang yang seperti ini tak jadi last minute kan? Haha! Tak apa, asalkan kalau korang boleh keep on track semula pun kira okay lah tu! Kalau korang dah buat dan sentiasa disiplin dengan semua ini, korang memang terbaik! Dan patut bangga dengan diri okay!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Minggu Depan Dah Puasa, Jom Ingat Perkara Ini Semula

Senarai Aktiviti Bersama BFF Selepas PKP