in ,

Pilihan Warna Tudung Untuk Nampak Lebih Cantik

Ala nak pakai tudung warna apa ni? Semalam dah pakai warna hitam takkan harini nak pakai hitam lagi? Ala pening la macam ni…

Ya, tudung dan hijabis memang satu benda yang tak dapat dipisahkan. Antara tak tahu nak pakai tudung warna apa dengan nak pakai tudung jenis macam mana. Ada certain orang lebih suka untuk pakai tudung warna gelap disebabkan tak rasa confident.

Tapi korang tahu tak yang tudung ni memainkan peranan yang mana boleh mengubah wajah kita. For those yang baru berhijab, korang mesti perlukan bimbingan untuk warna tudung kan? Korang kena pandai pilih warna tudung untuk membuatkan kulit muka korang nampak lebih cerah. Jom check it out...

WARNA PASTEL

Semua girls mesti suka warna pastel kan? Lagi-lagi kalau warna tu memang warna favorite korang. Masuk je kedai tudung confirm tak tahu nak beli warna apa sebab semuanya cantik. Tapi sebenarnya tudung warna pastel ni sesuai untuk korang yang berkulit sedikit gelap. Ia akan membuatkan korang semakin menyerlah, lagi-lagi kalau menggayakan gaya tudung yang menjadi kegemaran korang. Certain orang yang memiliki warna kulit gelap ni biasanya mesti rasa ‘takut’ untuk pakai tudung berwarna putih kan? Sebenarnya warna putih ni buat korang bertambah cantik tau. Tak percaya korang pakai la warna putih atau warna kuning…

WARNA GELAP

View this post on Instagram

Bold – Unique – Playful / love that I can express myself truly with my girl @dollydalilah and @maccosmetics 🌟 . M·A·C #PavilionKL is back at Level 3, Lot 3.104.00, Pavilion Elite (next to COS) guys! Two super lit M·A·C pop-ups are around the mall with M·A·C gifts to be redeemed to celebrate the new-concept store. Go go go check em’ out! . You guys know I love M·A·C so super happy to collab with a #POTD Challenge! Think you can top this pose? Can ya? 😉 I have five M·A·C Gifts worth RM250 to giveaway to the best ones so – . – Snap a #POTD at one of the M·A·C installations – Tag me @cilibling and include @MACCosmetics #MACCosmeticsMalaysia #PavilionKL in the caption – Set your IG account to ‘public’ and …post! . It can be solo, duo, a whole group! Up to you but have it live & visible throughout October 2019 for me to pick ok! <3 BTW @dollydalilah has 5 M·A·C Gifts to giveaway too 😉 . (Contest T&C applies. Selection will be done in Nov 2019. Winners will be contacted via IG DM. Winners selection are final.)

A post shared by Cili (@cilibling) on

For those yang berkulit sawo matang, korang sebenarnya sesuai menggayakan tudung berwarna gelap. Ia tidak akan membuat kulit korang gelap pun tetapi lebih menyerlahkan lagi warna kulit sawo matang korang tu. Tetapi tak bermaksud warna pastel tu tak sesuai, ia tetap sesuai cuma tak berapa menyerlah macam korang pakai warna gelap tu. Cuma jangan asyik pakai warna hitam je ya, bosan pula nanti tengok asyik warna hitam je. Ada juga sesetangah yang memiliki kulit sawo matang ni boleh masuk dengan semua warna tudung. Itu kira korang memang bernasib baik la.

SEMUA WARNA

Untung la sesiapa yang boleh pakai tudung macam-macam warna ni. Kulit muka korang sesuai dan ‘masuk’ dengan semua warna yang mana membuatkan korang kelihatan lebih yakin dengan warna tudung yang digayakan. Biasanya yang berkulit putih ni lebih suka pakai tudung berwarna gelap, nude atau pastel. Korang takkan ada masalah dengan pemilihan warna tudung sebab semunya sesuai dengan korang. Boleh jadi dalam almari tu pun memang berwarna-warna koleksi tudung yang korang ada kan. Bagi Ainaa, orang kulit putih melepak ni kalau pakai tudung warna apa pun tetap akan menampakkan warna putih kulit wajah dia tu.

Actually tak kisah warna apa pun kulit kita, kita tetap kena bersyukur. Tak kisah la kalau pakai tudung warna apa pun, kena atau tidak dengan kulit korang itu tidak menjadi masalah utama. Kita semua cantik dengan warna kulit masing-masing…

Korang jangan pernah sesekali rasa rendah diri kalau memiliki kulit berwarna gelap. Maklum la sekarang ni kan semua orang nak kulit putih sebab definisi cantik orang sekarang ni ialah ‘putih itu menawan’. Walhal itu semua hanya la faktor untuk memuaskan hati sendiri sahaja.

What do you think?

14 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Lelaki Wajib Baca Ini Kalau Nak Jadi Macam ‘Dilan’

Ini Sebenarnya Maksud Disebalik #VogueChallenge