in ,

Phone Yang Mana Paling Onz Zaman Sekarang Ni?

Sumber gambar: https://www.digitaltrends.com/mobile/repurpose-old-smartphone-apps-accessories-smart-home/

Sekarang ni zaman orang berebut-rebut nak pakai smartphone paling canggih. Kiranya siapa punya phone paling mahal, canggih dan up to date, dia la yang paling cool sekali. Sebab tu la kebanyakan syarikat telefon berlumba-lumba nak keluarkan smartphone baru setiap tahun. #Lunagirls tengah cari phone baru? Okay jom Ainaa tolong korang, sambil tu kita usha sikitΒ smartphoneΒ apa yang paling laku dipasaran.

SAMSUNG

Sumber gambar: https://technave.com/gadget/Samsung-Galaxy-S10-Plus-Price-in-Malaysia-Specs-13597.html

Mesti korang expect iPhone dekat tangga teratas sekali kan? Ha, jawapannya tidak, sebab Samsung ialah antara syarikat telefon pintar yang selalu bersaing dengan iPhone untuk buktikan produk siapa yang paling disukai ramai. Samsung merupakan keluaran syarikat dari Korea Selatan yang bukan hanya keluarkan produk telefon tapi alat elektronik yang lain juga. Dalam setahun, lebih daripada 300 juta unit telefon pintar telah dikeluarkan dan dah berjaya tembus sebanyak 100 negara seluruh dunia! So, lepas ni sila berbangga dengan phone yang korang guna ya?

iPHONE

Sumber gambar: https://www.cnet.com/reviews/apple-iphone-xs-max-review/

Macam yang korang dah tahu, produk yang dihasilkan oleh Steve Jobs ni boleh dikatakan sebagai jenama yang berpengaruh dekat seluruh dunia. Kalau dulu nak beli iPhone ni bukan main susah sebab mahal, but now rasanya semua orang dah boleh beli sebab atas faktor penurunan harga lepas banyak siri iPhone baru yang mereka hasilkan setiap tahun. Setakat ni, iPhone berjaya kuasai pasaran sebanyak 40 buah negara dengan nilai jualan 200 juta unit setahun. Bukan tu je, ia jugaΒ  dikatakan as phone yang ‘ekslusif’ disebabkan kualiti produk tu sendiri.

XIAOMI

Sumber gambar: https://www.kimovil.com/en/where-to-buy-xiaomi-mi-9-se

Harga mampu milik dan ‘body’ yang nampak mahal buatkan phone Xiaomi jadi phone pilihan ramai walaupun produk ni berasal dari China. Even Xiaomi ni baru je masuk dalam pasaran selama 8 tahun, tapi syarikat tu sendiri dah berjaya buktikan yang produk mereka mampu untuk tembusi pasaran sampai ke India, Brazil, Singapura, Thailand dan Malaysia sendiri. Sampai sekarang mereka berjaya eksport sebanyak 65 juta unit telefon pintar. Now korang mesti boleh bezakan mana yang penting, sama ada harga atau populariti sesebuah jenama tu.

OPPO

Sumber gambar: https://techwafer.com/oppo-find-x-price-in-pakistan-specifications/

Kaki selfie? Oppo memang phone yang sesuai dengan korang sebab ia ada banyakΒ filter yang menarik sampai boleh buat muka korang cantik even tak pakai makeup. Kalau korang perasan kebanyakan phone Oppo mesti ada teknologi AI Beauty which is akan buat gambar korang nampak sangat berkualiti walaupun hanya gunakan smartphone. Setanding la dengan tagline Oppo sendiri iaitu ‘Selfie Expert and Leader‘ yang mana sangat menitik beratkan kualiti kamera depan dan belakang.

So, korang dah tahu ke belum nak beli phone apa? Adakah korang akan pilih phone yang mahal tapi kalau rosak kena keluarkan duit yang banyak or phone mampu milik tapi low maintenance? Renung-renung kan lah dan selamat beli phone baru!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Bila Perfume Tak Tahan Lama, Apa Kena Buat?

Bra Pasar Malam Buat Dada Senget?