in ,

Phone Paling Sesuai Untuk Gamers! 📱⚔️

Sumber Gambar: https://www.pocket-lint.com

Sebelum ini Ummi ada kongsikan artikel dengan #Lunagirls tentang cara dapatkan winner, winner, chicken dinner!. Ummi ada kongsikan tips and tricks dan salah satunya kita kena pakai phone spec gaming untuk menang! Dan untuk hari ini Ummi nak kongsi tips memilih phone yang sesuai untuk main game!

CHIP SET

Sumber Gambar: https://www.gsmarena.com/

Kalau tengah main game tiba-tiba phone lag geram tak? Tips khas Ummi nak kongsikan ialah beli phone yang mempunyai chip set daripada keluaran Qualcomm Lini Snapdragon siri 800, Madiatek Seri Helio X atau pun yang terbaru Snapdragon 845! Chip set ini akan membantu phone kita ‘berjalan’ dengan smooth tanpa sebarang masalah! Nak main game 4 hingga 5 jam non stop pun garenti ngam!

GRAPHIC 

Sumber Gambar: https://cdn4.i-scmp.com

Game takkan syok kalau graphic nya tak power! Sebab semasa main game, kita memerlukan visual yang baik untuk fokus dalam game.. Jadi masa nak beli phone, check dulu brand type of graphic processing unit (GPU) yang digunakan okay? Nak graphic korang lebih menarik, carilah yang menggunakan GPU Adreno 360.. Ia complete set tau dengan chip set sekali tau! Jimat dan mudah!

RAM

via GIPHY

Random access memory (RAM) merupakan komponen yang sangat penting kita kena tengok bila nak beli phone! Semakin besar RAM phone korang, makin laju proses phone korang kalau nak main game.. Selain itu, kalau #Lunagirls buka banyak tab at the same time pun takkan memberatkan phone tau! Jadi jangan lupa untuk check kapasiti RAM betul-betul sebelum beli ya.

MEMORI

Sumber gambar: www.stellarphotorecoverysoftware.com

Untuk pengguna Android, kalau beli phone mesti orang itu akan tanya nak tambah memori tak? Memori yang dimaksudkan penjual ialah memori external yang digunakan untuk support memory internal yang sedia ada. Belum tentu memori yang ada itu, cukup untuk menampung segala data dalam phone tau. Jadi, tak apalah untuk keluarkan duit sedikit, demi phone yang berkualiti dan game yang cun!

Jadi untuk korang yang memang nak beli phone spec gaming, better korang ikut dan check senarai yang Ummi sediakan ini ya! Lepas ni bolehlah lawan game dengan kawan korang secara grouping! Psst, nak ajak Ummi join group game korang pun boleh.. Nanti invite je Ummi okay!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Say No To Ketiak Berjerawat!

Instafamous ‘Over Famous’ Mengalahkan Artis!