in ,

Phone Mahal Tapi Cable Sampai Bertampal!

Sumber gambar: twitter.com/myjoe_

Sumber gambar: twitter.com/myjoe_

Girls, LUNARIA nak tanya Kalau cable charger phone korang dah koyak, apa korang akan buat? Beli baru atau repair dengan cara tampal guna plaster? #Lunagirls nak tahu tak sebenarnya cara macam tu sangat bahaya untuk phone dan diri kita sendiri!

Sometimes ada yang sanggup bertampal cable dari atas sampai bawah sebab cable original agak mahal kalau nak beli yang baru. So dengan cara tu boleh ‘jimat’. Tapi sebenarnya is akan memburukkan lagi keadaan tau..

Sumber gambar: twitter.com/myjoe_

Sebab apa LUNARIA kata bahaya? Punca korang tape cable tu mesti sebab wire cable dah terkeluar… Lagi tambah bahaya, walaupun kita dah tampal guna tape pun tapi masih ada kemungkinan untuk terkena renjatan elektrik! Oh no!

Kalau korang rasa cable original agak mahal, it’s okay sekarang ni ramai supplier cable phone online. Ada juga yang jual dengan harga murah sesuai dengan budget korang. Girls, kenapa nak bahayakan diri semata-mata sebab taknak keluarkan sikit duit untuk cable baru? Korang boleh kumpul perlahan-lahan duit tu okay.

Tapi ada satu trick untuk maintain ketahanan cable supaya tak terkopak which is guna getah cable. Getah cable ni memang sesuai untuk kita yang jenis kasar dan nak jaga cable supaya tahan lebih lama. Wrap je terus satu cable tu sampai ketat and you good to go! Tak payah fikir nak beli cable baru setiap tahun.

Sumber gambar: twitter.com/myjoe_

After this kalau cable phone korang dah nampak barai sangat, kumpul duit untuk beli yang baru dan terus wrap guna getah cable tu okay.. Bila dah cuba nanti jangan lupa share dengan LUNARIA gambar cable korang yang cantik tu tau! Hehe!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tips Cuci Muka Mingguan Korang Kena Tahu!

Perfume Bau Rempah? Eiuw!