in ,

Phone Casing Keras, Laku Keras!

Sumber Gambar: https://www.casetify.com

“Eh! Korang ni, setiap minggu tukar casing phone baru?”. Ha! #Lunagirls pun suka ke tukar-tukar casing phone ini? Kalau ya.. Korang beli itu ada ciri-ciri keselamatan ke tak? Ataupun nampak cantik sikit terus ambil. Tak apa, kali ini Ummi nak bagitahu sikit jenis-jenis casing yang sesuai dengan handphone korang.

HARD CASE

via GIPHY

Casing phone yang tampil dengan tekstur yang keras ini, biasanya diperbuat daripada aluminium and plastic fiber. Bagusnya casing ini, takkan buat phone korang panas dan bila jatuh pun phone steady je tak ada apa masalah, tapi casing itu yang akan pecah. Nampak tak macam mana ia protect phone korang? Jadi kalau korang jenis ganas, gunalah casing macam ini.

SOFT CASE

Sumber Gambar: https://www.tokopedia.co

Alahai! Suka sangat tengok design casing soft case, macam-macam corak dan warna yang ada. Selain itu, tekstur yang lembut pun membuatkan kita senang untuk sarung phone. Kalau jatuh ataupun apa-apa ia akan sedikit melantun tapi masih selamat. Cuma soft case ini akan membuatkan phone kita sedikit panas, kalau boleh korang beli yang ada lubang pengudaran tau girls.

FLIP COVER

Sumber Gambar: https://www.sonymobile.com/

Eh! Ada lagi ke pakai casing macam ini? Biasa mak-mak je yang pakai hihi. Tapi masa zaman smartphone baru naik, casing macam ini lah orang gila-gilakan. Sebab ia mempunyai design yang elegan dan sangat selamat dengan depan belakang tertutup. Itu kalau ada crush WhatsApp pun, tak kantoi dengan mak sebab ia tertutup hihi.

FOLIO CASE

via GIPHY

Sama je macam flip cover  tapi folio case ini 3 in 1, bukan saja boleh melindungi phone korang, tapi boleh menyimpan barang peribadi dan ada penahan untuk skrin tau #Wau. Jadi kalau malas bawa bag, boleh lah masukkan barang peribadi dalam casing ini dan kalau nak tengok movie boleh je guna stand yang ada untuk tegakkan skrin, taklah penat tangan korang hihi.

Macam mana #Lunagirls, dah tahu mana casing yang sesuai dengan diri korang? Kalau rasa korang lasak, kuat main game ataupun 24 jam tenung phone better pakai hard case okay. Tapi kalau nak comel-comel pilihlah soft case. Buatlah pilihan yang tepat untuk phone korang! hihi..

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Semua Benda Rasa Tak Kena… Me Time Please 😭

Dah Ready Masuk College, Girls?