in ,

Phone Android Hilang? Ni Cara Simple Untuk Cari!

Sumber gambar: https://cd.dclcreative.co.za/contact/

Aduhh mana pula pergi phone ni?! Rasanya tadi ada je letak dekat atas meja tapi sekarang tak ada pula?

Fuhh berdebar lain macam tau bila phone tiba-tiba hilang dari tangan. Memang waktu tu 90% salahkan diri sendiri, lagi 10% tu salahkan orang lain yang tak perasan mana phone korang. But no worries, kalau korang pengguna iOS, boleh detect location phone dekat Find My Phone, tapi untuk pengguna Android, ini cara untuk korang detect phone dikongsi oleh one of this girl yang pernah kehilangan phone.

via GIPHY

Mula-mula, korang kena log in account Gmail dekat laptop atau phone lain. Tapi kena make sure phone yang hilang tu ada log in email la, kalau tak, sia-sia je korang buat cara ni..

Lepas dah log in Gmail, klik Find Your Phone dan terus klik Get Started. Pilih jenis device phone yang korang pakai dan terus masukkan password untuk pengesahan. Dekat situ korang boleh pilih untuk tekan button Ring supaya phone berbunyi atau boleh terus detect location.

Sumber gambar: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2016557105287365&set=pcb.2016520685291007&type=3&theater

Settle semua tu, korang boleh tinggalkan pesanan dekat phone korang yang hilang tu supaya sesiapa yang menjumpainya boleh pulangkan semula. Lagi bagus kalau mula-mula korang detect location dulu then terus tekan Ring supaya sesiapa yang jumpa tu boleh terus hubungi korang.

Macam yang Ainaa cakap tadi, make sure korang log in Gmail dekat phone tu. Ingat, jangan letak phone merata-rata okay. Jaga elok-elok macam korang jaga hati crush tu. Hehe!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Lesung Pipit Tanda Kita Cacat?! 😱

Main Phone Punca Tulang Jari ‘Lari’?!