in ,

Pesanan ‘Special’ Daripada Hazeman Huzir Untuk Korang

Sumber gambar: instagram.com/hazemanhuzir

Dah buat jahat, tanggung akibatnya. Kalau dah salah mengaku silap, jangan sorok kebenaran…

Korang setuju tak dengan quote dekat atas tu? Bagi Ainaa, Ainaa sangat bersetuju dengan apa yang diperkatakan dalam quote tersebut. Kalau korang nak tahu itu merupakan kata-kata daripada seorang bekas pengacara TV iaitu Hazeman Huzir. Kalau korang rajin tengok TV before this, mesti korang tahu siapa agaknya gerangan jejaka yang dulunya berambut putih kini sudah berambut hitam!

View this post on Instagram

Selamat Tinggal Motif Viral. Banyak yang rancangan ni ajar aku. Dari walhal dunia. Ke walhal akhirat. Di sini aku alpa dalam kemahsyuran. Di sini aku kejarkan pengiktirafan manusia. Di sini lah aku berambut putih. Jatuh aku, naik aku sebagai manusia. Punca stres aku yang merehatkan aku. Rehat yang berhikmah untuk kembali belajar berTuhan. Di sini lah. Namun dalam kecelaruan aku menggapai ranting Iman yang menipis. Muncul beberapa tetamu beragama. Seperti Ustaz @dr_kamilinjamilin_official @putahaofficial @puazmanofficial dan beberapa tetamu agamawan dan ahli kitab. Tidak sesekali mereka melabelkan aku munafik. Walau fizikal ku nyata sebegitu. Tidak sesekali mereka menegur tatacaraku. Walau cara ku nyata tidak berfitrah. Tapi dakwah mereka kepada aku adalah semata-mata melalui keperibadian mereka. Dan sebagai manusia yang dikurnia akal untuk berfikir, itu sudah memadai. Jadi terima kasih kepada mereka yang disebutkan tadi. Semoga syurga untuk kalian. Dan terakhirnya pesanan kepada sahabat sehidup semati, host @shalmaainaa @nnisa.mo @pinkazwan. Dan Team belakang tabir @eedavogue @hazwanyahya (ramai lagi tak dan nak sebut jangan kecik hati tau ada max nak type kat caption ni) Persahabatan kita, kekalkan. Andai tidak nampak aku di syurga, tarikkan. Yang pasti kita tidak akan putus. Hidup kita bersulam kerana MV. Kekalkan ke Jannah. Insyallah. Kepada penonton MV, aku yang hari ini kerana doa anda. Doakan pula aku istiqamah. Buat yang tertanya akan punca dan musabab. Kisahnya panjang berjela. Namun agar ada penutup sebagai pemuas hati: Niat asal aku kerjakan MV, kerana dunia. Kerana aku mahu dikenali. Kerana aku nak popular. Kerana aku nak dijulang manusia. Niat asal aku itu sudah salah. Makanya, aku kerjakan Motif Viral untuk dunia, aku tinggalkan kerana Allah. Kita jumpa di YouTube Channel Hazeman Huzir. It's time that I do me. Assalamualaikum.

A post shared by Hazeman Huzir (@hazemanhuzir) on

Jika sebelum ini korang mengenali Hazeman atau nama panggilannya, Haze yang mana sebelum ini merupakan pengacara, mungkin kini korang lebih mengenali dia sebagai seorang influencer dan Youtuber. Sekarang ni pun Haze dah kurangkan aktiviti di hadapan kaca TV dan hanya banyak muncul di dalam akaun Youtube miliknya serta melakukan kerja amal bersama beberapa organisasi.

Menurut Haze, pada mulanya dia mewujudkan rancangan bersama sebuah syarikat penyiaran ialah disebabkan ingin mengejar populariti dan ingin dikenali ramai. Namun disebabkan niatnya yang salah kerana mengejar dunia serta meninggalkan Yang Mana Pencipta, dia kembali ke jalan yang benar. Kalau korang baca sendiri caption Haze mesti korang pun akan rasa terinspirasi dengan apa yang dikatakan olehnya itu. Apa yang dilakukan oleh Haze itu merupakan satu langkah yang sangat berani namun memberikan dia ketenangan.

Selepas meninggalkan dunia penyiaran, Haze juga aktif di Twitter, Instagram, Youtube dan sering memberi talk di universiti serta kolej. Banyak yang dia kongsikan menerusi social media miliknya sehingga menjadi inspirasi buat ramai anak muda. Kebanyakan apa yang dikongsikan olehnya itu ialah tentang kehidupan, masa silam dirinya, isu semasa, masa hadapan dan banyak lagi perkara yang bermanfaat.

Baru-baru ini Haze ada berkongsi satu posting di Instagram miliknya yang mana telah mendapat perhatian ramai netizen sehingga ada yang berkongsikan posting tersebut di laman Twitter mereka. Posting gambar Haze itu nampak simple kerana hanya memaparkan gambar dirinya yang sedang memegang handphone, memegang aiskrim dan tersenyum manis. Tetapi apa yang memberi impak kepada pembaca ialah isi caption yang ditulis olehnya.

Terima dengan depa tangan yang luas terbuka. Tadah segala apa yang bakal menimpa. Dan yakin akan Maha Pengasihnya Allah itu kepada kita, segala apa yang Dia bagi sebab dia nak redhakan kita. Dah nak buat macam mana? Syurga itu bukan percuma.

Kalau korang baca caption gambar Haze, semuanya ada nasihat yang dia ingin sampaikan. Bukan hanya caption kosong semata-mata tetapi nasihat serta pandangannya tentang sesuatu perkara.

Sebelum ni pun Haze ada banyak kongsikan pendapatnya tentang perkara random yang sedang berlaku. Kebanyakannya apa yang dikatakan olehnya itu sangat memberi kesan kepada si pembaca. Antara salah satunya ialah ketika isu pembuangan bayi yang terjadi pada bulan lepas. Instead of mengecam si pelaku yang membuang bayi, dia memberi tahu bahawa sekiranya ada sesiapa yang ingin membuang bayi, mereka boleh berikan kepada dirinya dan sesiapa sahaja yang meninggalkan komen dekat twit berkenaan.

At the same time baru-baru ni pun ada satu lagi twit Haze yang mana dia telah menegur ramai anak muda zaman sekarang tentang pergaulan bebas. Twit itu terjadi disebabkan sekitar minggu lepas ada satu isu terjadi yang mana seorang lelaki dengan tanpa rasa segan silu telah membuat pengakuan bahawa dia telah melakukan hubungan sex bersama seorang gadis yang baru dikenalinya sekitar dua atau tiga tahun yang lepas. At the same time gadis tersebut juga telah mengeluarkan kenyataan yang mana dia menidakkan tuduhan lelaki tersebut sebagai cara untuk membela dirinya.

Apa yang Ainaa boleh katakan ialah kebanyakan apa yang dikatakan oleh Haze itu ialah satu nasihat yang berguna buat kita lebih-lebih lagi buat yang masih lagi ingin mencari jalan hidup. Kalau korang rajin, baca dan fahami la setiap caption serta twit yang ditulis oleh Haze ini okay! Mana tahu ia dapat membantu korang dalam mencari sesuatu jawapan bagi persoalan yang sudah lama korang fikirkan….

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cara Mudah Cabar Kawan Korang Untuk Buat Bias K-Pop Detox Month

Tempat Bercuti Menarik Selepas #DudukRumah