in ,

Pesanan Mak Ayah Yang Paling Famous!

Mak ayah adalah individu paling penting dan utama dalam hidup kita. Betul tak #Lunagirls? Iyalah sebab mereka tempat bergantung kita dari kecil sampai bila-bila. Apa yang best adalah bila parents kita selalu bagi banyak nasihat dan pesanan ialah sebab ia sangat baik dan berguna untuk kita pada bila-bila masa dan janganlah pula awak semua buat tak tahu saja dengan semua pesanan mereka ya.

TAK CUKUP DUIT BAGITAHU

Ya, kalau bab duit belanja.. Mak dan ayah adalah orang yang selalu tanya sebab takut kita tak cukup duit. Apa yang mereka tahu, biar korang semua cukup nak beli apa-apa benda seperti makanan, siapkan kerja kursus dan lain-lain. Jangan ambil kesempatan dengan berfoya-foya dengan duit belanja yang mak ayah korang beri itu ya! Bukan apa, kesian mereka penat cari duit. Nanti #Lunagirls dah besar nanti akan tahu perasaannya macam mana.

BIAR ORANG BUAT KITA, KITA JANGAN

Bila orang buat sesuatu yang tak baik dekat kita, kadang-kadang kita ada perasaan nak balas balik dan geram saja pada orang yang buat hal dengan kita betul tak? Tapi selalunya respon mak ayah adalah biarkan mereka buat jahat pada kita tapi kita jangan jadi seperti mereka sebab kalau tak diri kita ini sama saja macam mereka yang tak baik itu dan dua kali lima. Korang nak ke setaraf dengan orang tak baik? Tak nakkan? Jadi, dengar cakap mak ayah okay!

JANGAN BERKIRA BILA BELI MAKANAN

Sumber gambar:

Biasanya, kita yang masih sekolah ini bila dah jumpa makanan murah. Hari-hari jugalah ya awak semua beli makanan sama. Bosan tak? Bila mak ayah dah beri duit belanja itu gunakan sebaiknya dan kadang-kadang belilah makanan yang lain dan berkhasiat juga sebab mak ayah mesti selalu pesan beli saja makanan apa yang korang nak makan tak kisahlah berapa pun harganya sebab itu keperluan untuk diri korang. Jadi, jangan berkira sangat ya? Hehe!

JANGAN JUDGE KAWAN SEBAB SEMUA ADA BURUK BAIK

Ini sangat betul! Mak ayah mesti selalu pesan jangan terlalu judge kawan-kawan yang berbeza dengan kita sebab mereka semua ada buruk dan baik masing-masing. Kepelbagaian dalam berkawan ini sebenarnya sesuatu yang baik tau kalau korang nak tahu! Tak kisahlah kawan-kawan kita itu baik ke, nakal ke, gila-gila ke, poyo ke dan lain-lain. Semua itu akan menjadikan korang complete each other dan saling memahami. Ingat juga ya, mak ayah kita bagi nasihat seperti ini pun berdasarkan pengalaman mereka, supaya nanti korang tak adalah culture shock bila dah masuk fasa berdikari sendiri nanti.

via GIPHY

Haa, walaupun semua pesanan ini sebenarnya ada banyak lagi tapi ini adalah perkara yang mereka selalu titikberatkan pada kita. Percaya atau tidak, pesanan ini mereka akan sentiasa ulang dan ulang sampai awak semua dewasa nanti tau! Iya, betul sampai dewasa sebab kadang-kadang bila kita dah dewasa pun kita tak semestinya dah tahu segalanya. Jadi, ingat ya kawan-kawan! Jangan lupa pesanan mak ayah korang dan sentiasa buat baik ya! Hehe!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Soalan PT3 Bocor, Pelajar Kena Repeat Paper Pula?!🤬

Cara Kumpul Duit Ekstra Untuk Pelajar Sekolah