in ,

Perut Kembung Buat Perut Nampak Buncit? Cuba Cara Ini

Sumber gambar: klikdokter.com

Musim cuti dan musim peperiksaan ini mesti ada antara korang yang waktu makan tidak terjaga sebab selalu bangun tidur lambat atau terlalu pack aktiviti nak study sampai terlupa makan atau lambat makan, betul tak? Bila dah terlepas waktu makan mesti perut korang masuk angin tak pun kembung dan rasa tak selesa, lebih lagi orang yang gastrik. Dan bila perut mula tak selesa, sakit dia bukan main sampai mengganggu kita untuk buat aktiviti yang kita nak sebab sakit dia memang satu penderitaan untuk korang yang tengah hadapinya. Sebab kita tak tahu bila kita akan kena perut kembung sebab masuk angin lambat makan ini, kenapa tidak untuk korang cuba minum air ini untuk legakannya.

MADU

Sumber gambar: Texas Bee Supply

Madu memang adalah ubat untuk banyak perkara. Untuk pengetahuan korang madu ini mempunyai anti-oksidan yang mampu redakan sel lapisan sistem penghadaman dan pencernaan dalam perut kita. Kandungan gula semula jadi dalam madu juga bersifat anti bakteria yang mana ia amat baik untuk sistem perut. Senang saja, korang minum madu dengan air suam panas atau campurkan dalam air teh dan minum sebelum makan, memang lega habis.

HALIA

Sumber gambar: Makan Lena

Selalunya ia adalah bahan utama dalam perapan dan masakan mak kita didapur. Seperti yang kita tahu halia memang mampu buang angin dalam badan dan ia adalah ubat paling mujarab. Lebih lagi untuk yang ada gastrik itu, halia mampu kurangkan gas asid kalau korang buat air. Dan kalau tak suka nak minum rasa halia itu, korang jadikanlah teh halia. Memang sedap! Nak hilangkan rasa halia itu lagi tambah saja lemon dan madu. Ingat ya! Kena minum sebelum makan. Hehe! 

TEH BUNGA

Sumber gambar: IDN Times

Teh bunga krisantemum ini bukan hanya untuk kecantikan tetapi ia kaya dengan khasiat untuk sistem pencernaan. Seperti biasa kandungan air yang ada anti-oksidan ini memang mampu untuk legakan perut korang dan seeloknya minum setiap kali sebelum tidur sebab tidur korang pun akan lebih nyenyak dan tidak terganggu. 

ALOE VERA

Sumber gambar: Doctissimo

Mesti ramai mungkin lebih kenal lidah buaya atau aloe vera sebagai bahan semulajadi untuk kecantikan. Tapi korang tahu atau tidak yang sebenarnya aloe vera pun mampu untuk legakan perut yang masuk angin itu? Korang boleh buat aloe vera sebagai air jus sebelum makan dan nanti perut korang memang akan lega yang amat sangat. Selain itu juga, ia mampu membuang racun, melancarkan sistem pencernaan dan legakan pergerakan usus dengan lebih baik.

SADERI 

Sumber gambar: Wanista

Ambil sahaja batang saderi sebab ia mampu bantu penghadaman dengan mengawal pergerakan usus dan gas dalam usus. Untuk pengetahuan korang juga, dalam batang saderi ini ada bahan kimia yang mampu kurangkan cecair yang menyebabkan perut kita tidak selesa yang ada di dalam badan. Antara kebaikan lainnya juga, ia bantu untuk proses detoks badan kita. Kandungan air yang tinggi dalam batang saderi juga mampu untuk buang toksin badan dan lebih sedap kalau ia dimakan.

Selepas ini, mudah saja kalau korang nak cari air ini kalau sedang mengalami perut kembung dek kerana masuk angin. Nak makan ubat pun boleh saja tapi tak best juga kalau setiap kali sakit nak kena telan ubat. Asyik telan ubat saja pun tak elok untuk badan kita. Lebih baik kita guna bahan semulajadi yang sudah dijadikan air sebab ianya lebih mudah. Betul tak? Hehe! 

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Jadi Pengguna Bijak Naik Train, No.4 Paling Penting!

Seokjin BTS Risau ARMY Tercyduk Di Airport