in ,

Perubahan Yang Kita Boleh Lakukan Dalam Hidup

Sumber gambar: Hypebae

Setiap orang boleh berubah, daripada jahat kepada baik dan daripada baik kepada jahat. Masing-masing berusaha untuk tunjukkan side positive dalam diri.

Kita pun dah masuk minggu ketiga bulan Januari 2020. Mesti ada banyak benda best yang korang dah hadapi sepanjang tahun ni. Korang pun mesti nak rasa happy all the time walaupun perasaan sedih tu akan terselit sikit. Tapi at least sempena tahun 2020 ni, korang pun mesti ada benda yang kalau boleh diubah untuk tahun baru. Bukan dalam kategori azam tahun baru, tapi ia merupakan perubahan yang korang nak buat dalam hidup. Antara perubahan yang boleh korang lakukan ialah dengan cara…

UBAH SIKAP DALAM DIRI

Image result for new me
Sumber gambar: Stock.adobe

Let’s say before this korang ni seorang yang suka main-main dan suka merungut setiap hari kalau ada benda yang tak kena jadi. Why not cuba untuk latih diri agar sentiasa bersabar dan jangan cepat merungut atas perkara yang kecil. Korang pernah tak rasa diri korang betul je bila bercakap dengan orang lain dan korang langsung taknak dengar pandangan orang lain walaupun hakikatnya pandangan orang lain tu lagi sesuai untuk korang. Bila ada sikat tu dalam diri, tak mustahil korang tak ada kawan rapat sebab kawan korang semua rasa terganggu dengan sikap korang tu sendiri.

JOM TAMBAH ILMU

via GIPHY

Since sekarang ni boleh dikatakan yang ramai orang malas membaca dan tak menunjukkan sifat nak membaca, why not kita cuba ubah diri dan jadi seorang yang suka membaca dan menambah ilmu? Actually dengan cara tambah ilmu pun boleh buatkan kita jadi someone better. At least bila korang banyak membaca, banyak benda korang boleh tahu dan boleh kongsikan dekat orang lain. Tak semestinya tambah ilmu tu menerusi baca buku je, boleh je korang baca news dekat phone or tengok TV. Still boleh tambah ilmu pengetahuan.

RAPAT DENGAN ORANG SEKELILING

via GIPHY

Dalam dunia ni ada banyak jenis manusia. Ada antara mereka yang jenis suka hidup berkelompok dengan kawan-kawan rapat, ada yang suka buat hal sendiri dan ada juga yang pandai bawa diri kalau ke mana-mana. So let’s say before this korang jenis yang susah nak bergaul dengan orang baru sebab atas dasar segan atau perlukan masa yang lama untuk berkawan, tapi until now korang masih lagi tak ada kawan rapat.. try la ubah sikit cara berkawan tu, rapat je dengan semua orang. Maybe orang takut nak berkawan dengan korang sebab muka garang sangat ei

JANGAN BIAR HALANGAN JADI ALASAN

Image result for halangan
Sumber gambar: Addhuha

Bila kita nak berjaya atau jadi someone better, mesti akan ada je halangan yang tak di duga. Korang tak boleh nak cepat beralah je kalau ada halangan, kena la merasa sikit episode perit, sakit dan perasaan nak mengalah tu. Tapi tak bermaksud korang boleh mengalah macam tu je, still kena usaha untuk hadapi halangan yang ada. Jangan jadikan halangan sebagai asalan untuk tak berjaya dan lakukan perubahan. Halangan ni boleh jadi dalam banyak bentuk, terpulang pada korang macam mana cara nak handle semuanya.

Setiap orang memang nak sangat lakukan perubahan dalam hidup dia, tapi terpulang sama ada dia mampu untuk lakukan perubahan tu atau tidak je. So girls out there, kalau korang nak buat perubahan, korang boleh mulakan sekarang okay!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Checklist: Persediaan Dan Barang Wajib Bawa Ke Konsert!

Tricks WhatsApp Yang Mungkin Korang Tak Tahu