in ,

Persiapan Raya PKP Korang Perlu Buat!

Sumber gambar: Instagram Mira Filzah/ Instagram Ismail Izzani

OMG! Pejam celik pejam celik, rupa-rupanya Ahad ni dah Hari Raya Aidilfitri! Tak rasa langsung masa berjalan tahun ni.

Siapa sangka, bulan Ramadhan bakal meninggalkan kita beberapa hari sahaja lagi. Lagi enam hari sahaja kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Korang semua dah buat preparation raya ke ni? Baju raya dah beli? Rumah dah kemas? Barang dah siap? Langsir dah ganti? Ha, jangan lupa tahun ni lain sikit cara kita beraya. Maklum la, sekarang kan tengah dalam musim PKPB lagi. Walaupun raya, jangan lupa ikut peraturan yang mana kita tidak dibernarkan merentas negeri dan menziarahi ke rumah saudara-mara melebihi 20 orang ya.

Since kita raya pada musim PKPB, mesti ada banyak kelainannya kan. Korang tetap kena buat preparation juga walaupun tak dapat beraya dengan atuk dan nenek dekat kampung tu. Kali ni kita buat preparation raya versi PKPB pula! Jom check it out preparation apa kita kena buat…

SEDIAKAN HAND SANITIZER

via GIPHY

Kita tak tahu siapa yang akan berkunjung ke rumah pada Hari Raya Aidilfitri nanti, tetapi sebagai langkah berjaga-jaga, korang kena la siapkan satu barang ‘wajib’ ni. Iaitu hand sanitizer yang mana ia perlu disediakan dekat luar rumah. Mana tahu jiran belakang rumah nak datang beraya, sambil sebelum masuk ke rumah dulu, bagi la dia pakai sikit hand sanitizer tu. Dekat dalam nanti korang get ready la letak air basuh tangan juga, baru la tak ada kuman!

DUIT RAYA ONLINE

Siapa yang masih lagi belum ada akaun bank? Kalau tak ada, korang memang rugi sebab tahun ni kemungkinan kita akan dapat duit raya secara online transfer daripada saudara mara yang duduk berjauhan. Maklum la, nak bagi duit raya tak boleh nak jumpa ramai-ramai. So, kita guna kan la teknologi di hujung jari dengan memberi duit raya secara online. Idea yang Ainaa boleh beri dekat korang semua ialah nanti pada pagi raya, beri je nombor akaun dan nama bank korang dekat Whatsapp group family. Senang nanti pakcik atau makcik korang nak transfer duit raya, hehe!

ELAKKAN LAGU RAYA SEDIH

Lagu Dendang Perentau, lagu Balik Kampung, lagu Air Mata Syawal dan banyak lagi lagu raya yang sedih tu, sebaiknya jangan la pasang pada pagi raya dan seterusnya. Bukan apa, ada orang tak dapat balik beraya dekat kampung, mesti mereka rasa sedih sebab terpaksa beraya bersendirian jauh daripada keluarga. Rasanya satu Malaysia akan elakkan diri daripada buka laguΒ  Balik Kampung nyanyian Allahyarhan Sudirman tu, risau semua menangis je dekat rumah tu nanti. Maklum la, sebelum ni sehari sebelum raya mesti dah sampai dekat kampung, tahun ni pagi raya pun masih di rumah sendiri.

MAKANAN SEMUA MASAK SENDIRI

Lemang, ketupat, ketupat palas, rendang tok mahupun biskut raya, seeloknya dibuat sendiri dekat rumah. Kalau rasa tak boleh nak masak baru la beli. At least kalau masak tu dapat la berjimat sikit walaupun sekarang ni kalau nak masuk kedai jual bahan-bahan buat kek dan biskut, kena beratur bukan main panjang. Macam tu punya kes, baik beli biskut siap je, nak beratur pun risiko juga kena berhimpit ramai-ramai tu.

PERSEDIAAN MENTAL PALING PENTING

via GIPHY

Sebelum ni kita hanya dikatakan bakal melalui fasa PKP selama dua minggu sahaja, tak lama kemudian dilanjutkan sehingga dua minggu lagi dan terus dilanjutkan sehingga la bulan Ramadhan dan tak lama lagi bakal memasuki bulan Syawal. Daripada Perintah Kawalan Pergerakan, kita sudah berlaih kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang mana kita masih lagi dalam tempoh PKP cuma ada beberapa perkara sahaja dilonggarkan. Mungkin ada ibubapa kita sekarang ini mengalami masalah peribadi macam gaji tak dapat, nak balik beraya dengan keluarga tak boleh, dibuang kerja dan macam-macam lagi. So apa yang penting ialah kita kena kuatkan mental dan bersedia dengan apa juga berita yang bakal kita terima selepas ini. Tahun ni tak dapat beraya tak mengapa, asalkan negara kita dapat bebas daripada virus Covid-19 ni, dan kita semua mesti akan dapat berjumpa dengan orang yang kita sayang!

Siapa je yang tak sedih bila raya tahun ni tak sama macam tahun lepas kan. Apa pun, kita kena tetap mengikut arahan pihak kerajaan dan pihak berkuasa. Hati-hati semua orang!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments