in ,

Persiapan Bulan Puasa Kita Perlu Mula Lakukan

Sumber gambar: umroh.com

Yeay! Lagi beberapa hari sahaja dah nak masuk bulan puasa! Mesti ramai yang dah tak sabar.. Bulan Ramadan datang sekali setahun sahaja. Memang best sangat kalau kita dapat raikan dengan keluarga dan kawan-kawan, setuju tak? Tapi, korang tahu tak sebenarnya setiap kali puasa kita semua perlu ada satu persediaan? Eh siapa kata raya sahaja yang ada persiapan? Puasa pun ada tau! Nak tahu? Okay cuba tengok apa yang akan LUNARIA kongsikan di bawah.

TIDUR AWAL

Sumber gambar: sinar harian

Benda pertama yang perlu dititikberatkan adalah tidur. Korang kena cuba semak semula aturan tidur sebab nanti bila dah masuk bulan Ramadan, kita semua haruslah tidur untuk bersedia bangun sahur. Bukan apa, kalau tak jaga waktu tidur nanti risau badan korang keletihan dan akan menyebabkan korang tidur lebih semasa siang hari yang mana memang tak elok untuk pahala puasa. Ingat ya, tidur dan bermalasan di siang hari pada bulan puasa sangat NO NO NO!

JAGA KESIHATAN

Sumber gambar: ezdiet

Selain dari itu, mulai hari ini kita perlulah jaga kesihatan lebih daripada biasa supaya nanti bila puasa nanti badan korang akan sentiasa segar dan sihat. Kalau tak sihat, korang tak larat nak puasa. Bila tak larat nak puasa, korang kena ganti pula puasa itu bila dah habis bulan Ramadan nanti. Rugi pahala puasa bulan Ramadan disia-siakan begitu sahaja. Semasa raya nanti kita nak makan sedap-sedap, kalau lambat ganti puasa nanti terlupa pula. Dah satu asyik tanya mak berapa hari nak kena ganti puasa.. mak pula yang kena ingat.. Kesian mak!

ADA TARGET

Sumber gambar: reddit

Bukan setakat itu sahaja, setiap kali bulan puasa pastikan korang ada target yang tersendiri. Contohnya,Β  nak jadi orang yang lebih baik, nak cuba ubah cara pemakanan lebih sihat, nak jadi anak yang tak nakal atau lain-lain. Mana tahu bila korang dah terbiasa buat perkara baik-baik di bulan Ramadan, automatik lama-kelamaan korang punya gaya hidup pun akan lebih better dari hari ke hari. Kalau ada kawan-kawan yang lakukan kebaikan di bulan puasa nanti, contohnya pakai tudung atau menutup aurat jangan pula gelakkan ya.. kita kenalah sentiasa sokong kebaikan orang lain.

SENTIASA POSITIF

Sumber gambar: kisahdunia

Seterusnya, antara yang perlu korang siapkan diri adalah sentiasa untuk positifkan diri. Biasalah, bila dah tiba bulan Ramadan, kadang-kadang ujian itu datang dalam macam-macam bentuk. Apa pun korang kena sentiasa positif dan fikir semuanya ada hikmah yang lebih baik. Lebih lagi, sekarang ini disebabkan wabak covid 19, bazar Ramadan tidak dibuka. Hmm, akan lain suasana puasa tahun ini, tapi tak apa.. Kita kena sentiasa positif!

Korang semua dah ready ke nak puasa? Kami LUNARIA semuanya memang dah ready dan tak sabar nak puasa sama-sama. Nanti bila puasa, jangan lemau dan kita kena bersemangat! Nanti semua benda yang korang nak buat pun akan jadi serba tak kena. Lagi pun, makanan bulan Ramadan banyak yang sedap-sedap. Jangan risau, dengarnya akan ada bazar online.. So, chill je okay!Β Tahun ini kita beli makanan bazar cara moden pula.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Resepi Air Viral Dalgona Tanpa Gunakan Coffee

Drama Dan Movie Di Netflix Korang Harus Layan