in ,

Persediaan BTS ‘Back To School’

Sumber gambar: mpi.gov.my

Yeay! Cuti sekolah dah nak habis! Korang semua mesti ramai yang tak sabar untuk masuk sekolah semula, betul tak? Ke ada yang yang rasa nak cuti lagi sebab rasa macam sekejap sahaja cuti ini? Jadi, apa sahaja persediaan korang nak ke sekolah nanti? Sebab bulan Januari kan dah nak hampir, mesti ramai antara korang ada yang memang dah sediakan segalanya dan mungkin ada yang masih relax and chill nanti baru fikir. Siapa yang belum buat sebarang persediaan itu, meh kami beri idea untuk persediaan korang bagi musim cuti sekolah dah nak habis ini.

BELI BAJU SEKOLAH

Sumber gambar: Murai

Lebih baik korang beli baju sekolah sekarang sebab nanti kalau korang beli lambat-lambat mesti akan banyak saiz yang akan habis. Pastikan korang beli baju, seluar, kasut, stokin, tie, tudung, baju sukan, seluar sukan dan segala keperluan yang korang perlukan supaya nanti tak ada masalah pakaian terkoyak ke atau masalah lain yang mungkin kita tak tahu.

PERALATAN NAK BELAJAR

Sumber gambar: SMK Assunta

Alat tulis, buku tulis, buku nota, buku teks semua ini korang wajib pastikan ia cukup. Bukan setakat itu sahaja, kertas A4 kajang, kertas graf, set geometri, alat lukis dan lain-lain pun korang kena pastikan ada dan jangan tunggu cikgu tiba-tiba bagi homework baru nak pergi beli. Beli sahaja siap-siap sebab korang boleh guna lama sepanjang setahun di sekolah.

MANJAKAN DIRI

Sumber gambar: herbaline

Manjakan diri korang dengan potong rambut, potong kuku kaki dan tangan, buat facial ke, pergi spa, scrub badan dan lain-lain. Nanti korang akan kembali ke sekolah dengan keadaan yang lebih selesa dan bersih. Selain itu, diri korang pun akan nampak lebih kemas. Manalah tahu, bila tahun depan dah masuk sekolah semula crush korang akan notice diri korang? Hehe

JAGA KESIHATAN

Sumber gambar: press from

Selain itu, pastikan kesihatan badan korang pun terjaga. Supaya korang tidak terlepas hari pertama sekolah. Ini memang sangat penting sebab hari pertama sekolah memang sangat penting, waktu itu korang nak kena dapatkan jadual, kenal cikgu mana yang akan ajar subjek korang itu, kokurikulum apa pula yang akan korang ambil tahun depan dan banyak lagi benda yang perlu korang settlekan sewaktu minggu pertama persekolahan itu. Jadi jagalah kesihatan korang ya! 

TULIS AZAM BARU

Sumber gambar: Afyan

Ini juga tidak ketinggalan, korang wajib ada goals untuk setiap tahun supaya korang tahu apa pelan dalam hidup korang perlu korang gapai. Contohnya, jika tahun ini exam korang tidak berapa memberangsangkan. Tahun depan, korang tulis dalam azam baru korang yang korang sekurangnya boleh skor beberapa subjek wajib supaya keputusan exam korang akan turns out lebih baik dari masa ke semasa.

Bila korang dah settlekan semua ini, kami yakin korang mesti dah 100 peratus sudah bersedia untuk kembali ke sekolah. Nak kembali ke sekolah semua mestilah kena bersemangat dan ada nafas yang segar supaya nak belajar nanti ada keyakinan dalam diri supaya boleh beri yang terbaik. Apa-apa pun, untuk korang yang dah masuk sekolah semula, goodluck! Dan all the best! Nanti bolehlah korang jumpa kawan-kawan korang semula! Hehe

What do you think?

10 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Mitos Tentang Rambut Kita Selalu Dengar

Jajan Paling Best Cuma Ada Di Bumi Borneo Sahaja