in ,

Pernah Ada Emergency Kit Tak?

Sumber gambar: Andrea Davis World

Sumber gambar: https://bit.ly/2WYOoA1

Yuuhuu #Lunagirls! Nak tanya, apa yang ada dekat dalam beg sekolah korang? Selain buku dan stationary, apa lagi barang lain yang korang akan bawa? Did you girls know yang sebenarnya kita kena ada emergency kit dekat dalam beg! Bak kata pepatah malang tak berbau.. so kita tak tahu bila kita perlukannya! Nak tahu barang-barang yang perlu ada dalam emergency kit tu? Antaranya ialah..

PAD + PANTIES

via GIPHY

Pad and panties ni kira macam satu package sebab korang memerlukan dua-dua ni bila bocor dekat sekolah. Cuba bayangkan korang bawa pad je, panties yang pakai dah kotor.. haa macam mana tu? Mesti rasa tak selesa juga kan girls? So make sure panties and pad ni sentiasa ada dalam beg sekolah okay?

SABUN

Sumber gambar: Ali Express

Biasanya kalau dekat toilet sekolah, sabun hanya ada dekat depan sinki dan tak ada dekat dalam toilet. Buatnya that time korang nak buang air besar, macam mana nak cuci? Hehe! Dan sabun tu juga korang boleh gunakan untuk korang cuci pad waktu dekat sekolah sebelum buang dalam tong sampah..

PAYUNG

via GIPHY

Kata orang sediakan payung sebelum hujan! Apa kata #Lunagirls bawa je payung tu setiap kali pergi sekolah.. Tambah lagi dengan cuaca yang tak menentu sekarang, maybe balik sekolah tiba-tiba dah hujan. Kalau yang jalan kaki pergi sekolah tu, macam mana pula nak balik kan? Alaa, bawa payung lipat kecil je.. Kalau tak nak beg penuh, beli baju hujan pakai buang tu pun boleh!

DUIT SELIT

Sumber gambar: iStock

Mesti korang pelik kenapa nak kena ada duit selit dekat dalam beg sekolah? Boleh je letak dalam purse kan? Haa, actually duit selit dekat dalam beg sekolah ni penting juga bila korang tengah dalam emergency. Contohnya dekat dalam purse duit habis then nak bayar tambang bas pun tak boleh sebab tak cukup, boleh la guna duit selit tu. Haa mudah kan?

via GIPHY

Selain barang-barang yang LUNARIA list ni, korang boleh juga tambah barang yang lain ikut kesesuaian okay! Nak tambah ubat pun boleh, mana tahu kalau tiba-tiba jatuh sakit dekat sekolah pula kan.. Meh share sikit barang apa ada dalam emergency kit korang!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cable Charger Korang Legit Ke Fufu Tu?

Kenapa Kasut Sekolah Kotor? Pemalasnya!