in ,

Perlu Atau Tidak Ada Perasaan Cemburu Dengan Kawan Sendiri?

Sumber gambar: Instagram Ainaa_lunaria

Weh, cuba tengok Tya dengan Kila… Best betul mereka jalan sana sini, parents tak marah ke asyik berjalan je? Kita duduk rumah je, nak keluar dengan kawan-kawan pun susah…

Alamak, kata kawan takkan ada perasaan cemburu sesama sendiri pula? Tak best bila dalam friendship ada perasaan itu.. Ya, cemburu perkara biasa sebagai manusia tapi biar berpada dan bertempat bila nak rasa cemburu. Takkan kalau kalau kawan korang berkawan dengan orang lain, korang nak terus cemburu pula? Macam bercinta pula dia tak boleh nak berkawan dengan orang lain.

30 Funny Memes To Share With Your BFF For Friendship Day | Funny ...
Sumber gambar: Pinterest

Pasti ada antara korang pun akan ada kawan yang berperangai seperti itu juga. Jenis suka cemburu, merajuk kalau korang tak ajak dia lepak sekali atau apa sahaja yang berkenaan dengan friendship korang. Persoalannya sekarang ialah perlu ke nak ada perasaan cemburu pada kawan sendiri?

CARI PUNCA CEMBURU

via GIPHY

Setiap masalah mesti ada jalan penyelesaian, sama juga macam cemburu bila berkawan. Cuba korang cari sendiri punca kenapa korang boleh cemburu dengan kawan tersebut. Adakah sebab dia dapat lebih daripada korang? Atau sebab korang tak suka tengok dia kawan dengan orang lain? Atau sebab korang memang ada seorang sahaja kawan rapat? Kalau masalah itu datang daripada diri sendiri, seeloknya korang cermin semula diri, tengok semula kenapa korang ada perasaan itu?

HIDUP DIA BUKAN UNTUK KORANG JE

ulzzang, aesthetic, and asian image | Gaya ulzzang, Foto teman ...
Sumber gambar: Pinterest

Semua orang ada ramai kawan. Boleh jadi dia  ada beberapa group kawan sebab memang dah ramai sangat kawan. Boleh jadi kawan dari sekolah rendah, sekolah menengah, kawan tuisyen, kawan dekat kawasan rumah atau kawan dalam social media. So di situ dah nampak bahawa korang bukan satu-satunya kawan yang dia ada. Kita kena banyak bergaul dengan ramai orang supaya kita dapat explore banyak benda dalam kehidupan. Macam Ainaa sendiri, Ainaa ada beberapa group kawan yang semuanya kenal dari tempat berlainan. Kalau keluar dengan kawan group ini, yang satu lagi group tu tak ada pun nak cemburu. At the same time Ainaa ada beberapa BFF atau kawan rapat yang Ainaa selalu keluar bersama, tapi mereka tak ada pun nak cemburu kalau Ainaa keluar dengan kawan lain. Fahamkan maksud Ainaa?

FAHAM EACH OTHER

𝒫𝒾𝓃𝓉𝑒𝓇𝑒𝓈𝓉: 𝒽𝑜𝓃𝑒𝑒𝓎𝒿𝒾𝓃 | Casais lésbicos fofos ...
Sumber gambar: Pinterest

Sebagai kawan, korang kena faham sesama sendiri. Korang tak boleh nak halang dia kawan dengan orang lain. Kalau dia hanya berkawan dengan korang, macam mana dia nak adapt in future? Jangan halang kawan korang kalau dia nak berkawan dengan orang lain. Kalau ada yang korang tak puas hati, terus bagitahu dan bukannya dengan meletakkan perasaan cemburu dalam diri tu. Kalau Ainaa sendiri, memang akan rasa rimas kalau nak berkepit dengan seorang kawan je. Korang mesti akan setuju kalau Ainaa cakap yang kita ni ada specific friend yang akan jadi tempat kita share story atau problem yang berlainan. Mungkin kawan A korang cerita pasal hal keluarga, kawan B share tentang masalah belajar, kawan C pula tentang BF. Betul tak?

TAMBAHKAN KAWAN

Pin oleh !¡ 𝟭-𝟴𝟬𝟬-𝙎𝙐𝙋𝙀𝙍-𝙎𝙊𝙉𝙄𝘾 ˚.༄ di ↳ 얼⃣짱⃣ ...
Sumber gambar: Pinterest

Since BFF korang tu tengah sibuk keluar dengan kawan-kawan dia yang lain, korang pun berkawan je la dengan orang lain. Kalau ada kawan lama, kawan je dengan mereka. Tak kisah la korang awkward sebab dah lama tak bertegur sekali pun, kawan je la dengan semua orang. Biasanya orang yang ada seorang je kawan rapat ni dia merupakan seorang yang complicated sebab dah selesa dengan satu orang ni, terus taknak kawan dengan orang lain dah. Entah entah dalam diam ‘BFF’ korang tu pun rimas dengan sikap korang yang suka cemburu tak tentu pasal tu.

Apa yang Ainaa boleh pesan ialah berkawan je dengan ramai orang. Jangan disebabkan korang dah tukar title jadi ‘BFF‘, korang dah tak boleh nak berkawan dengan orang lain. No! Kawan biar seribu, musuh biar satu kan

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Menangis Berpanjangan Boleh Turunkan Berat Badan? Ini Fakta Air Mata

Perbezaan Budak Sekolah Zaman Dulu Dan Sekarang