in ,

Perlu Ada Akaun Kedua Di Media Sosial Sebab…

Zaman teknologi sekarang memang banyak sangat aplikasi media sosial yang wujud untuk kita berhubung dengan orang ramai. Tapi lagi banyak aplikasi yang memudahkan kita nak berhubung, lebih terdedah kehidupan kita kepada dunia luar yang mana kita tak tahu sama ada si pengikut kita di laman media sosial mempunyai niat baik dan buruk terhadap diri kita. Kebanyakannya seseorang akan ada satu akaun seperti Instagram, Twitter, Facebook, Telegram, Kakao dan lain-lain tapi ia cuma satu akaun sahaja.. Kali ini, LUNARIA nak kongsi dengan awak semua alasan kenapa kita perlu ada akaun kedua sebagai backup di media sosial.

PRIVASI

Business Insider:

Memang kebanyakan akaun yang kita ada di media sosial sekarang ini sudah ditetapkan dalam mod private tetapi kadang-kadang kita tak perasan dan approve saja orang di media sosial atas niat mungkin sebab mereka nak kawan dengan kita atau mungkin juga sebab korang nak ramai followers? Tapi disebabkan dunia sekarang terlalu ramai orang yang kita tak dapat nak duga niatnya adalah lebih baik kalau #Lunagirls ada akaun kedua yang memang khas untuk keluarga dan kawan-kawan awak sahaja. Kiranya, korang boleh saja nak ada akaun yang sesiapa boleh follow korang tapi korang memang wajib untuk ada akaun sendiri yang khas untuk orang tertentu sahaja.

Fun Fact: Yuna, Izara Aishah, D.O EXO dan GD BigBang ada akaun kedua yang hanya untuk ahli keluarga dan kawan rapat sahaja!

BACK-UP

Tesh:

Akaun kedua atau lebih juga boleh jadi sebagai back-up account awak semua sebab let’s say kalau ada penggodam yang tiba-tiba hack korang punya akaun. Sekurang-kurangnya kalau orang godam akaun utama korang itu tak adalah terlalu banyak gambar personal korang. Korang digalakkan untuk menukar password sekurangnya setiap dua kali sebulan bagi mengelakkan sebarang kemungkinan seperti hackers godam akaun!

BAKAT

KpopMap:

Bila #Lunagirls ada akaun lebih dari satu, tunggu apa lagi? Ini masanya untuk awak tonjolkan bakat dalam akaun yang lagi satu. Jika korang ada bakat melukis, upload saja karya yang korang lukis. Kalau pandai menyanyi, upload sahaja video nyanyi disitu dan kalau ada sebarang bakat yang lain-lain pun korang boleh tonjolkan tanpa segan silu kalau korang suka. Untuk pengetahuan korang dah ramai tau yang buat macam ini termasuk artis-artis barat dan korea.

CONTENT BERBEZA

Kpop Herald:

Ia juga sebagai perbezaan content or post yang awak semua upload di akaun yang lain itu. Ini terpulang juga untuk diri awak sendiri sebab ada yang lebih prefer untuk asing dan susun setiap gambar, kiranya mereka anggap akaun media sosial ini ibarat folder mereka gitulah…

MANFAAT DIRI SENDIRI

Twitter:

Benda paling penting kenapa #Lunagirls perlu ada akaun kedua di media sosial adalah kerana ia akan beri manfaat untuk diri awak sendiri. Antara manfaat untuk diri sendiri itu adalah pertamanya orang tak akan kecam awak semua dalam akaun korang yang lagi satu itu sebab mereka tidak tahu. Selain itu, keyakinan diri pun akan semakin bertambah sebab obviously kawan dan keluarga korang yang ikut akaun lagi satu akan support diri korang 100%. Kemudian, bukan setakat itu saja ya! Bakat korang itu pun akan semakin tergilap sebab dari situ korang akan practice dan buat lebih baik untuk masa akan datang.

Memang seronok dan banyak sangat benda baik yang korang boleh dapat dengan hanya buat akaun lagi satu di media sosial. Orang luar yang korang tak kenal pun tak perlu nak kecam korang lebih-lebih. Tapi ingat ya #Lunagirls, buat multiple account di media sosial bukan bermakna korang boleh main suka hati nak jadi keyboard warrior untuk kecam orang lain. Kalau korang tak suka dikecam, jadi jangan buat benda tak baik ya!  

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Jangan Tunggu Rambut Macam ‘Hantu Kak Limah’ Baru Nak Potong

Lepas Balik Sekolah Nak Buat Apa Ya? Tidur Ke Lepak?