in ,

Perkataan Slang Baru Yang Korang Harus Tahu

Sumber gambar: twitter.com/syoffeeyazainal

Setiap generasi, memang ada keunikan dan keistimewaan mereka yang tersendiri. Bukan setakat pada fesyen dan gaya hidup. Malah, dari segi komunikasi di antara mereka bersama rakan juga memang ada gaya tersendiri yang memang unik dan kadang-kadang sampai orang lain pun tak faham. Jadi, jom kita tengok beberapa slang words yang korang harus tahu. Mana tahu, ada juga di antara kita yang masih tidak tahu dan ketinggalan.Β 

SIMP

Sumber gambar: pop buzz

Korang pernah dengar tak perkataan atau ayat seperti β€œHe is a simp!” atau β€œStop simping bro, she doesn’t want you”. Kalau korang nak tahu simp ini bermaksud lelaki lurus atau bahasa kasarnya yang terlalu bodoh mengikut apa sahaja yang dikatakan oleh perempuan atau kekasih mereka. Jadi, korang ada ke kawan yang β€˜simp’ ini. Kalau ada, janganlah buli dia okay!Β 

CLOWN

β€œeuwww she such a clown!” atau β€œI am such a clown πŸ€‘β€¦β€. Clown disini bukan bermaksud korang itu adalah seorang badut, akan tetapi maksud slang words clown ini adalah khas untuk orang yang diperbodohkan atau untuk seseorang yang mempunyai attitude yang sangat teruk dan annoying.Β 

CANCELLED

Sumber gambar: make a meme

Macam cancelled pula membawa maksud untuk korang tidak menyokong seseorang yang dah buat sesuatu kesalahan atau perkara yang salah. Sebagai contoh, kalau korang nampak Elly membuli kawan sekolah korang yang baru berpindah jadi korang boleh cakap β€œElly ni kuat buli budak baru oh! She deserves to be cancelled by everyone!”.

AND I OOP

via GIPHY

Kalau korang tahu VSCO Girl, mesti korang pernah dengar β€œand I oop!”.Β Slang words ini sebenarnya adalah reaksi spontan yang menarik perhatian saja. Contohnya kalau korang tiba-tiba nampak Han Jisung STRAY KIDS tengah flirt Makcik kafe kantin korang depan mata, korang boleh cuba cakap dengan BFF korang, β€œWeh kau tengok! Han Jisung ngorat makcik kafe oh! Dorang dating ke? If yes, and I oop!”. Ha, lebih kurang macam itulah. Hehe!

DON’T LET THIS FLOP!

Sumber gambar: me.me

Biasanya, don’t let this flop ini akan diucapkan oleh seseorang yang content creator seperti Youtuber, Vlogger dan sebagainya. Ini sebab mereka nak hasil video atau kreativiti mereka mendapat perhatian orang ramai dan viral, jadi korang mesti kadang-kadang pernah dengar ayat, β€œokay guys! don’t let this video flop and please subscribe, comment and share video ini with kawan korang okay!”. Haha!

Sebenarnya ada banyak lagi slang words yang unik dan lain dari lain tau. Korang juga mesti pernah dengar tentang tea, SMH, periodt, lowkey, flex dan banyak lagi. Jadi, korang selalu guna slang words yang macam mana? Ke ada lagi slang words lain yang korang pernah dengar? Apa kata korang kongsi dan komen di bawah? Sebab kami pun nak tahu juga! Hehe!

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Komen
  1. SMH and periodt tu apa?? Plzz reply..n thank u..btw i love u guys so much!! Keep doing content yg owsemmπŸ’œπŸ’œ

    • SMH= Shaking my head, kalau dalam BM, lebih kurang macam “ish ish ish” atau geleng kepala.
      Periodt macam “pokoknya titik!” LOL.

      Okay Kimmie. Lunagirls pun love awak juga! Thank you! xoxo πŸ˜€

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

4 Selebriti Bakal Tamat Latihan Ketenteraan, Welcome Home Oppa!

Benda Viral Yang Terjadi Sepanjang PKP