in

Perkataan Jargons Yang Masih Legit, KAW KAW Punya!

Pergh! Kaw betul suara dia! Boleh saing dengan penyanyi BBNU yang lain..

#Lunagirls pernah guna dan dengar perkataan jargon, abbreviation atau singkatan? Atau mungkin korang ada perkataan yang hanya you and your squad guna sebab cipta sendiri? #squadcode baru syok! Sebenarnya ada banyak perkataan-perkataan dan slang yang digunakan dalam kehidupan seharian kita tau.. Kadang-kadang kita tahu tentang sesuatu perkataan atau slang tersebut daripada idol atau kawan kita. Hari ini Zoe akan kongsikan beberapa perkataan yang kerap yang digunakan.

NADA

via GIPHY

#Lunagirls pernah guna perkataan “nada” dekat kawan-kawan korang? Kita boleh geng! Bagi yang tak pernah guna, nada maksudnya ialah “nothing” atau dalam bahasa kita “tak ada apalah”. Jadi, lepas ini kalau korang malas sangat nak layan kawan korang dekat WhatsApp, Zoe cadangkan korang guna “nada” barulah lain daripada yang lain! Ingat ya! Ini bukan nada yang bunyi muzik itu.. 

BAE

Selalunya orang guna “bae” untuk boyfriend or girlfriend ..Tahu tak words ini pun korang boleh guna dekat kawan, family dan sesiapa yang korang rasa penting dalam hidup korang. Ini sebab ia adalah singkatan kepada “before anyone else”. Contoh ayat kita boleh guna “Yoongi is my bae!”. Jadi, lepas ini kawan yang lain gender dengan korang itu tak payah nak perasan kita suka dia bila kita panggil mereka bae kita. Ops!

SICK

Biasanya kita akan refer perkataan “sick” bila kita sakit. Tetapi dalam cool English slang sebenarnya ia membawa maksud sesuatu itu sangat menarik dan menyeronokkan! Seperti “Woah! Sick habis weh konsert BTS baru ini!”. Jadi tak semestinya “sick” dijadikan untuk refer something yang negatif.. Ia selalu digunakan sebagai squad code juga!

BRAH

via GIPHY

Mesti ada yang ingat “brah” ini adalah singkatan kepada brother atau bro betul tak? Bukan… sebenarnya maksudnya adalah “are you serious?” kalau dalam cool English slang atau dalam bahasa kita ia membawa maksud “seriuslah awak ini?” Jadi selepas ini ingat ya, ini maksudnya bukan bro dan bukan juga membawa maksud bra atau baju dalam wanita!

KAW KAW

#Lunagirls tahu maksud KAW KAW tak? Okay nah.. Sebenarnya ia selalu digunakan untuk menggambarkan sesuatu itu sangat padu dan awesome! Sebab itu korang akan selalu dengar orang nak order air dekat mamak mesti akan cakap “ane, nak teh ais kaw satu!” atau pun kalau di kedai burger “abang, nak satu burger cheese kaw kaw satu!”. Atau erti kata lain, korang nak sesuatu benda itu dalam keadaan extra padu.

Cakap pasal cool English slang, minggu ini ada KAW KAW DAY di MyTown, Cheras! #Lunagirls boleh ajak parents korang shopping pada 12 Oktober 2019, 10 pagi sehingga 10 malam. Ada pelbagai booth akan dibuka dan akan menjual pelbagai jenis barangan termasuklah barangan kelengkapan rumah, makanan, minuman dan pakaian daripada jenama online terkenal di Malaysia. Jumpa KAW-rang di sana!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Confident Adalah Kunci Girls Squad Sentiasa Nampak Cantik!

LUNARIUH: Murid Murid Nakal, Experiment Best, Orang Pelik Kat Instagram