in ,

Perkara Yang Tak Sesuai Dirahsiakan Dengan Parents

Sumber gambar: id.pinterest.com/asha74262

Zaman kini, memang ramai sangat orang yang masih muda tetapi sudah mampu berdikari dan berjaya mencapai impian masing-masing walaupun masih lagi muda remaja. Ramai juga di antara anak muda kini yang berfikiran lebih matang dari usia seiring dengan pendidikan di sekolah dan juga di rumah, lebih lagi dengan teknologi yang berkembang. Ramai juga anak muda yang sudah pandai menjaga diri sendiri sebab dah boleh tahu banyak hal dan juga menjaga diri sendiri. Akan tetapi, sebenarnya ada beberapa hal juga yang sebenarnya kita tidak boleh berahsia dengan orang tua seperti ibu dan ayah tidak kira sama ada korang ini dah matang dan pandai jaga diri atau sebagainya. Jom kita tengok beberapa perkara yang sebenarnya sekali-sekala korang patut kongsi dengan parents… sebab komunikasi antara kita dan parents juga memainkan peranan yang penting tau!

KESIHATAN MENTAL DAN FIZIKAL

via GIPHY

Kadang-kadang kita sebagai manusia, memang selalu perasan dan anggap diri kita ini adalah seorang yang kuat menghadapi segala hal. Sebenarnya, korang tak boleh buat macam itu tau! Sebab korang jangan pernah terdetik pun untuk simpan masalah korang lebih lagi yang melibatkan kesihatan mental dan fizikal dengan berpura-pura korang ini “okay” sahaja. Parents adalah orang yang akan sentiasa mencintai kita tau… walaupun perangai kita ini kadang-kadang menjengkelkan.

PERBUALAN TENTANG MASA DEPAN

via GIPHY

Tolong lah berani dan bersemangat dengan apa sahaja yang korang mahu lakukan dalam hidup. Tidak kisah lah dari minat apa yang korang suka buat yang boleh pengaruhi hobi dan karier korang pada masa hadapan. Jenis keluarga macam mana yang korang harapkan untuk masa depan. Jika korang boleh beri jaminan yang korang akan sentiasa lakukan yang terbaik, mesti parents korang tidak akan memaksa korang lagi untuk buat apa yang mereka ingin kan. Sebaliknya, mereka akan beri sokongan pula.

KEWANGAN PERIBADI

via GIPHY

Walaupun kewangan peribadi itu adalah hal yang memang sangat peribadi untuk semua orang. Sebenarnya, tidak ada masalah pun jika sekali sekala korang bercerita dengan parents korang tentang masalah duit dan jujur korang ada masalah kekurangan duit. Walaupun kadang-kadang rasa bersalah, cuma ingatkan pada diri korang yang satu hari korang akan balas jasa mereka dengan sebaik mungkin sebab parents ini adalah manusia yang memang jarang berkira dengan anak mereka tau! 

KESELAMATAN DIRI DI MANA SAHAJA

via GIPHY

Mesti ramai di antara kita yang kadang-kadang bila keluar itu, memang liat sangat nak update pada parents sebab takut diejek kawan sebab macam budak belum matang kan? Asyik kena beritahu parents sahaja dimana korang berada setiap masa. Hey! Sebenarnya ini hal yang sangat penting tau! Sebab keselamatan diri korang adalah hal yang paling mustahak! Lebih lagi, kalau korang nak balik lewat malam. Pastikan korang sentiasa update parents tentang di mana keberadaan korang dan dengan siapa sebab jika berlaku apa saja kecemasan, sekurangnya parents korang boleh reach dan cari korang.

Sebenarnya, dalam semua hal ini tergantung juga pada diri masing-masing sebab hidup semua orang kan berbeza. Jika bagi pendapat korang semua hal ini tidak penting pun it’s okay sebab mungkin ada juga di antara kita yang berpendapat yang mereka tak nak parents jadi bertambah banyak masalah dan merasa terbeban dengan masalah korang, betul tak? 😊

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cara Yang Betul Untuk Buang Panties Dan Bra

Kenapa Perlu Biasakan Diri Dengan Budaya “New Normal”