in ,

Perkara Yang Kita Buat Bila In Love!

Amboi amboi, tahu la tengah hangat bercinta tapi jangan la sampai buat benda yang memalukan macam tu!

Hehe! Normal la kan orang tengah bercinta, mesti banyak je benda yang nak dibuatnya. Tapi tak ada la sampai buat benda tak senonoh. Kadang-kadang buat benda memalukan je. Cuba tengok sikit, tah-tah korang pun selalu buat benda memalukan macam ni waktu tengah hangat bercinta…

SENGIH SORANG-SORANG

Ehh, dah macam kerang busuk je tu asyik senyum sorang-sorang sambil main phone. Bukan setakat dekat rumah korang senyum sorang-sorang ni, sampai tengah jalan dekat shopping mall pun sama. Tahu la si dia tengah bagi text sweet! Sampai tak boleh lekang senyum dekat bibir tu.

BERGAYUT’ DEKAT SANA SINI

Sekejap on call dekat dalam bilik, sekejap lagi pindah dekat hall depan pula. Sekali tengok rupanya ada dekat dapur! Semuanya sebab taknak kantoi tengah on call dengan si dia, sampai sanggup pindah randah tempat nak on call ya.

TUNJUK SWEET TAK HABIS

Dah habis buat video, ambil gambar pula. Lepastu tak sudah post dekat social media. Ya, tahu la tengah bahagia kan, kesian orang yang single tu mesti sedih je tengok update percintaan korang. Waktu tengah berbaik boleh la nak sweet sweet tak habis. Cuba kalau tengah gaduh, pandang muka pun taknak. Nanti bila dah lama bercinta, mesti korang sendiri akan rasa malu dengan apa korang pernah buat dulu ni, hehe!

DOUBLE DATE

Kebetulan, geng BFF semua baru bercinta. Apa lagi? Mesti la kena adakan double date berjemaah! Since dekat area KL ni ada banyak shopping mall, korang boleh pilih je nak ke mana. Ni kita cerita in future la, nanti bila korang dah besar mesti korang rasa macam malu gila sbb teringat kenangan lama! Ainaa sendiri kalau ingat balik kenangan double date berjemaah, rasa macam nak pukul je diri sendiri!

Haha! Biasa la tu, semua orang mesti akan alami benda yang sama waktu tengah bercinta. Kata orang, tengah bercinta ni bau kentut pun wangi! Ha, korang jangan pula ralit bercinta sampai abaikan pelajaran. No no no!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Merchandise Ariana Grande Mula Dijual!

Perbezaan Smoothing dan Rebonding!