in ,

Perkara Yang Dilarang Ketika Sedang Bercinta

Sumber gambar: https://weheartit.com/beatrizoliveira068/collections/112041227-ulzzang-couples

Siapa ada teman tapi mesra kat sini? Untuk yang tak ada, jangan sedih-sedih okay. Mungkin jodoh korang on the way lagi.. Hihi! Untuk yang dah ada, amboi.. seronok ya ada orang layan awak? Kalau ada yang tengah gaduh-gaduh manja, baik korang settle cepat sebab kali ini Zoe nak share antara benda yang tak sihat yang kita tak patut buat waktu tengah bahagia menikmati alam percintaan. Haha! 

TIDUR LAMBAT

Sumber gambar:

Tengah malam OTP? Sampai pagi? Mana tidaknya, mestilah kita nak update pasangan kita tengah buat apa, tadi pergi mana, dah makan ke belum, sihat ke tidak. Belum lagi ada yang jenis tidur lambat semata nak berbual kosong. OMG! Korang tahu tak, tidur lambat sangat tak elok untuk badan kita? Jadi, lepas ini Zoe sarankan korang call pasangan itu awal sikit, lepas itu boleh tidur awal!

MAKAN

Sumber gambar:

Hmm, benda ini biasa sangat. Ramai lagi prefer dating dekat kedai makan. Lepas itu, bila dah jumpa sembang sampai terleka dah berapa lama duduk dekat situ. Kesian dekat orang lain yang datang nak makan tapi tak ada meja. Apa kata instead of dating dekat kedai makan, korang dating je dalam library, sambil dating boleh juga buat kerja sekolah atau buat revision betul tak girls?

TERLALU PERCAYA

Sumber gambar:

Orang kata bercinta zaman sekolah ni dipanggil cinta monyet sebab katanya hubungan tersebut tak serious sangat. Jadi Zoe nak pesan kita sebagai girl, kita kena tahu batas dan jangan terlalu percaya dengan pasangan kita okay! Kita muda lagi, ada banyak perkara dekat luar kita belum explore! Mana tahu zaman sekolah ni korang hanya tolong jagakan jodoh orang lain? Alamak!

KEGANASAN

Sumber gambar:

Adakah pasangan korang seorang yang ganas, suka cakap benda kesat, suka pukul dan lain-lain? Nasihat Zoe, bawa-bawalah diri korang keluar dari hubungan itu. Hubungan macam ini bukan sahaja tak sihat untuk fizikal, mental korang pun breakdown tau. Takkanlah sebab dia cemburu saja dia nak maki korang, benda kecil boleh selesai elok-elok, dia pula yang aggresive tak tentu pasal. Jadi, elakkan ya dari kena macam ini.

Selepas ini, Zoe harap jaga diri korang dengan baik ya. Janganlah sampai bahagia sampai terleka dan tak peka dengan keadaan sekeliling. Why not, korang dan pasangan korang bawa berbincang kalau ada apa-apa hal. Bukankah ia lebih mudah dan better untuk kedua pihak? Selamat bercinta!  

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Flat Lay Makanan Paling ‘Sedap’

Cara Terbaik Untuk Perfume Kekal Lebih Lama!