in ,

Perkara Yang Bakal Buat Boyfriend Malu

Sumber gambar: https://reelrundown.com/tv/16-best-korean-dramas-you-need-to-watch

Dapat boyfriend macho dan cool memang best sebab dia tak ada rasa malu sangat bila kita buat benda kelakar dan random bila di tempat awam. Tapi sebenarnya dalam macho dia itu, ada juga benda yang buat dia rasa malu yang teramat sangat sehinggakan dia sendiri tak boleh nak cover.

SELFIE

Image result for korean couple selfie
Sumber gambar

Tak semua boys suka selfie, ada je yang okay dan ada juga yang cuba mengelak untuk selfie maybe sebab rasa segan bila orang lain tengok. Ada juga boys yang malu bila selfie dengan girlfriend sendiri. Bukan sebab dia rasa malu keluar dengan korang or anything tapi rasa malu sebab public pandang. Jangan salah faham pula ya girls. Tapi comel juga kalau boyfriend malu-malu nak selfie, lagi dia rasa malu, lagilah kita paksa! Hehe!

JUMPA FAMILY KITA

Fuhh, takkan tak segan sis kalau tiba-tiba orang cakap your parents nak jumpa dia dekat rumah? Bukan setakat rasa malu, nervous sampai nak berlari satu padang pun ada tau. Tak bermaksud dia malu sebab tak serious nak berkawan dengan korang. Tapi ia normal kita rasa malu bila nak jumpa dengan parents orang yang kita sayang. Sekarang korang masih dibangku sekolah, ada juga parents yang tak kisah dan open minded untuk jumpa dengan pasangan anaknya.

HOBI PELIK

Image result for lelaki kumpul hobi
Sumber gambar

Masing-masing ada hobi sendiri, dan kita tak boleh nak judge hobi orang lain. Tapi kalau boyfriend sendiri ada hobi pelik macam mana nak handle? Ada certain orang tak suka bila orang lain tahu hobi dia sebab takut orang lain tak faham dengan minat dia. Lagi-lagi kalau korang sendiri rasa terkejut bila dapat tahu hobi dia, mesti la dia sendiri rasa insecure. Silap haribulan dia boleh jadi moody pula sebab segan yang teramat dengan korang.

NAMPAK LEMAH DEPAN KITA

Sebagai seorang boyfriend, mesti si dia nak selalu nampak kuat dan macho depan korang, takkan nak nampak lemah pula depan kekasih hati dia? Sebab dia akan rasa malu kalau secara tak sengaja dia terpamerkan sisi lemah dia depan korang. Dia tak nakkorang rasa dia tu lemah dan tak boleh nak lindungi diri korang. So after this kalau korang nampak sisi lemah boyfriend, jangan bahan dia pula ya. Mesti dia rasa malu dan rasa loser! Takut lepas korang jadi single pula.

So girls, kalau korang dapat tahu yang boyfriend korang sebenarnya pemalu, jangan suka sangat kenakan dia okay. Semua orang ada kelemahan dalam diri, begitu juga si dia. Tapi sekali sekala kacau sampai buat dia malu pun okay je kot, hehe!

What do you think?

-3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Becky G Dan J-hope BTS Bergabung Meletup!

4 Barang Penting Mesti Ada Dalam Bag!