in ,

Perkara Yang Akan Buat Boys Notice Kita

Sumber gambar: Preview.ph

Tak suka tengok perempuan pakai makeup, plastik! Bulu mata bukan main lentik macam batang penyapu. Hmm tapi kadang-kadang ada juga yang cute bila makeup macam tu kan?

Ehh, kita girls bersiap bukan untuk impress lelaki tau! Perasan je mereka semua ingat kita siap cantik-cantik sebab nak dapatkan pujian daripada mereka. Padahal kita memang jenis suka bersiap cantik-cantik betul tak girls?

via GIPHY

Apa agaknya yang si lelaki nak sebenarnya? Cakap itu ini tapi tetap nak girls yang suka dress up sebagai girlfriend juga. Macam mana agaknya ya? Pelik juga mereka tau. Kata orang cantik itu subjective. Kita dekat sekolah pun mesti nak cantik-cantik.. Baru ada semangat nak ke sekolah, bukan semata-mata sebab nak terserempak dengan crush kelas sebelah je, eh? Ada certain boys sekali pandang je terus dah jatuh hati dekat girls. At the same time boys pun pelik juga tau tapi perangai pelik mereka yang buatkan mereka nampak cute! Meh LUNARIA nak share sikit dekat korang beberapa ‘rahsia pelik’ yang menarik minat boys terhadap girls. Mesti korang pun tak sangka lepas habis baca article ini.

SUARA BERNADA TINGGI

via GIPHY

Kita as girls mesti suka dengar suara lelaki serak-serak basah, macho lepas itu mula berangan kalau si dia jadi boyfriend, LOL! Takpe tak perlu tipu sebab Ainaa pun pernah macam itu juga, hehe! Itu kita as girls, tapi boys ini lain pula. Ingatkan mereka ni suka dengar suara girls yang manja-manja atau sopan santun ni. Rupa-rupanya mereka suka dengar suara girls yang bernada tinggi. Kalau girls suka boys yang bersuara deep, tapi boys pula suka girls yang suara tinggi which is garau atau serak-serak basah juga. Pelik kan?

ADA SENSE OF HUMOR

via GIPHY

Bestnya kalau dapat boyfriend kelakar ni! Hari-hari mesti ada je lawak yang dia nak buat sampai kita sendiri dah penat nak gelak dengan lawak merepek dia tu!

Serious la boys suka girls kelakar? Bukan ke mereka sebenarnya tak berapa minat dengan girls yang kelakar sebab nanti mereka rasa tercabar dengan lawak masing-masing? Tapi itu la hakikatnya mereka memang suka girls yang kelakar sebab bagi mereka girls yang pandai buat lawak ni jenis tak contol ayu, so senang nak bawak bergurau. Iya la kalau jenis control ayu contol cun pun susah juga, nak makan pun malu-malu susah juga kan? So girls kalau korang jenis yang kelakar, jangan risau sebab mesti akan ada boys yang suka korang dalam diam. Teruskan lawak korang tu asalkan berpada jangan semua benda nak dijadikan lawak ya.

AGGRESIVE ATAU GARANG

Image result for amboi amboi garang meme
Sumber gambar: Memegenerator

Aku rasa aku suka la kacau di Saadah tu sebab kalau aku kacau dia, confirm dia jeling aku macam kucing lapar! Lagi dia jeling aku, lagi la aku suka!

Pantang kan kalau kita duduk diam dalam kelas lepastu tiba-tiba ada pula yang kacau, memang boleh buat rasa nak mengamuk la kan. Tapi dalam geram kita tu, lelaki ni lagi suka kacau kita ya! Bagi mereka benda tu fun dan lagi kita marah, lagi mereka suka walaupun kita dah mengamuk macam singa sekali pun tapi dia peduli apa kan asalkand ia rasa happy bila dapat kacau kita tu. At the same time mereka nampak kita ni cute bila marah. Korang pun jangan diam je kalau kena kacau, balas balik okay! Tapi kalau makin melampau, korang kena la tahu apa yang patut dibuat kan?

GEDIK SIKIT

Image result for perempuan gedik meme
Sumber gambar: Memegenerator

Weh Saadah, jangan la gedik sangat kau ni. Ingat kau gedik macam ni si Salleh tu nak syok dekat kau ke? Tak ada la, lelaki mana suka perempuan gedik.

Ehh, kita je yang anggap boys tak suka girls gedik tapi sebenarnya mereka ni suka je perangai gedik tu. Tapi bukan la gedik yang melampau-lampau, gedik sikit-sikit tak apa kot, jangan melebih sangat sebab nanti bukan lelaki je menyampah, orang lain pun menyampah juga tau! Bagi mereka perangai gedik tu perlu ada dalam diri girls sebab sometimes benda tu yang buatkan hubungan percintaan korang berkekalan. Amboi yang tengah sekolah tu jangan nak cinta banyak sangat ya, fokus study dulu.

Boys ni memang pelik tau sebab mereka ni susah untuk difahami. Ingatkan suka yang jenis macam tu, rupanya jenis suka yang macam tu which is bertentangan dengan yang kita fikirkan. Apa pun for girls out there, korang tak perlu pun buat apa-apa untuk impress lelaki. Kalau dia suka kita, dia mesti boleh terima kita seadanya! Tapi since sekarang ni korang masih bersekolah, jangan ambil berat sangat tentang perkara itu okay. Fikirkan study dulu ya.

What do you think?

26 points
Upvote Downvote

Comments

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Course Di Kolej/Universiti Yang Kurang Mainstream Di Kalangan Pelajar

Boyfriend Ada Kawan Baik Perempuan Okay Ke?