in ,

Perkara Unik Terjadi Bila Ada SOP Di Sekolah

Sumber gambar: Berita Harian

Susah nak  biasakan diri masuk sekolah lepas dah berbulan melepak di rumah  sepanjang PKP… Sekarang bila dah mula ke sekolah makin liat nak bangun pagi.

Bila semua pelajar kena masuk sekolah semula banyak benda yang kita akan nampak lain di sekolah. Ada yang positif, ada yang negatif.. Cuba perhatikan di sekeliling, ada tak perubahan ini terjadi di sekolah korang?

TANDAS KOSONG

Tandas sekolah lima bintang | Harian Metro
Sumber gambar: HMetro

Kini tiada lagi perjumpaan bersama dengan geng lain di tandas… Apa yang ada hanyalah suasana tandas yang senyap sunyi, nak membuang hajat pun tak ada yang kacau. Bukan setakat tak boleh jumpa geng, nak jumpa crush pun susah. Tapi ada bagusnya juga sebab kita tak digalakkan berkumpul. Lagi pun boleh kita membuang hajat dengan tenang tanpa sebarang bau-bauan asing atau gangguan daripada orang lain.

BALIK SEKOLAH AWAL

AmarAzuwan a Twitteren: "Ok rare bhai! Budak balik sekolah ...
Sumber gambar: Twitter

Dulu selagi belum pukul 1:45 tengahari atau pukul 2:30 petang ramai tak balik lagi. Kaki kita laju je rasa nak bangun setiap kali dengar bunyi loceng habis sekolah. Tapi sekarang tidak lagi… At least paling awal korang akan dapat balik ke rumah pada jam 12:45 tengahari. Belajar dan belajar, eh tak perasan rupanya dah sampai masa untuk pulang ke rumah. Sepanjang persekolahan PKPP, sekolah korang balik pukul berapa pula?

NINJA EVERYWHERE

Pelajar tidak wajib pakai pelitup muka di sekolah - Ismail Sabri ...
Sumber gambar: Twitter

Pergi tandas ada ninja, pergi bilik guru pun ada ninja. Di mana-mana pun nampaknya ada ninja tanpa kita sedar. Ingatkan ninja nak pukul orang, rupa-rupanya kawan-kawan kita sendiri. Bukan setakat kawan-kawan yang jadi ninja, sekali cikgu, cik guard, cik cleaner dan cik kantin pun jadi ninja juga tau. Psst, salah satu kebaikan pakai mask ialah kita boleh sorok double chin.

JARAK SANA SINI

June | 2020 | LAMAN RASMI SMK KHIR JOHARI
Sumber gambar: SMKKJ

Dalam kelas kena jarak, keluar kelas tak boleh berebut dan siap meja belajar pun kena jarak tak boleh dekat dengan kawan meja sebelah. Begitulah norma baharu sepanjang PKPP ini, semuanya perlu dijarakkan 1 meter. Tapi rasanya itu bukan halangan untuk korang tak bergosip dengan kawan-kawan.. Gosip tetap gosip, jarak tetap jarak dan makan pun tetap makan juga.

TONG SAMPAH KELAS PENUH

via GIPHY

Selalu dalam tong sampah kelas penuh dengan kertas yang dah dironyok. Sekarang ini penuh dengan plastik bungkusan makanan pula. Maklumlah sekarang ini semua kena makan dalam kelas, tak boleh bersesak-sesak makan di kantin. Maka dengan itu, makin bertambahlah kerja cik cleaner kena kosongkan tong sampah di setiap kelas selepas tamat waktu rehat.

SEMUA DAH PANDAI BERATUR

Sekolah boleh diarah tutup jika ada kes Covid-19 - Semasa | mStar
Sumber gambar: Mstar

Masuk sekolah kena beratur, masuk tandas pun kena beratur sehinggalah beli makanan di kantin masih kena beratur lagi. Waktu nak masuk sekolah pula sambil beratur untuk check suhu badan. At least bila kena beratur ini barulah kita semua berdisiplin dan tak berebut. Bagus juga bila kena beratur sebagai peringatan untuk semua orang berebut macam tiada hari esok.

Harapnya korang dah biasa dengan perubahan dan pembaharuan yang terjadi di sekolah sepanjang PKPP ini. Make sure sentiasa pakai mask ketika berada di dalam dan juga di luar kawasan sekolah. Jangan setakat pakai mask bila dalam sekolah sahaja.

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Yoo Jae Suk, Jeon So Min, Jessi & Oh Nara Bakal Ada ‘Sixth Sense’

5 Perkara Perempuan Selalu Buat Yang Sebenarnya Bahaya