in ,

Perkara Terlarang Semasa Exam Week!

Sumber gambar: https://www.videoblocks.com/video/portrait-tired-sad-girl-7-8-years-old-does-not-want-to-study-and-reading-books-hhhupewdiqziexs0

Selamat datang ke minggu exam kepada semua geng #Lunagirls! Hehe! Korang dah habis study ke belum ni? Jangan cakap nak study sehari sebelum exam sudah la ya. Since sekarang tengah minggu exam, Ainaa nak bagitahu sikit dekat korang tentang ‘perkara larangan dibuat’ waktu minggu exam ni, which is

‘PUASA’ STUDY

via GIPHY

Ya, cuti sekolah dah nak mula dah korang mesti ada plan dengan family nak berjalan sana sini. Tapi jangan la sampai korang skip study pula. Time cuti ni la kena study juga. Baru la ilmu tu kekal lama dalam kepala, jangan jadikan alasan untuk skip study sebab balik kampung ya. Ajak sekali semua sepupu study sama-sama, baru best.

PILIH BULU

via GIPHY

Mentang-mentang ada geng, sampai taknak share ilmu dengan orang lain. No no no! Ajak je semua orang dekat kelas tu study sama-sama. Buat geng study group baru, share ilmu dengan semua orang. Jangan la sebabkan korang tak berkenan dengan seorang tu, sampai abaikan dia study sorang-sorang.

TIDUR SEPANJANG MASA

via GIPHY

Memang la korang cuti sekolah, tapi tak semua parents cuti melainkan mereka ialah cikgu. Jangan disebabkan diorang tak cuti, korang pula ambil kesempatan untuk tidur sepanjang minggu cuti ni. Bila nak study? Jangan abaikan buku tu ya, menangis la diorang kalau korang setakat biar je dekat dalam beg.

AMBIL SAMBIL LEWA

via GIPHY

Ada certain orang dilahirkan dengan otak yang bergeliga sampai tak perlukan banyak masa untuk study. Tapi tak bermaksud kena ambil sambil lewa je bab study ni. Still la kena study juga bab yang berkaitan exam. Buatnya korang tak study, menggelupur depan paper tu nanti lepas naik cuti ni. Time tu nak menyesal pun tak guna dah.

Jangan ingat bila school holiday ni pun korang kena holiday ya. Study tetap kena study. Goodluck korang semua!

What do you think?

12 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Idea Baju Raya Haji Simple & Cute!

Game Menarik Bila Sleepover Dengan Squad!