in ,

Perkara Tak Boleh Share Dengan Public!

Sumber gambar: http://j8marketings.com/instagram-is-engaged-on-a-brand-new-block-of-advertisements-for-mattgsoutherns-sponsored-posts/

Fuhh, kejap lagi nak pergi KLCC nak post gambar dan check in!

Kalau ikutkan hati, semua gambar dan video kita nak share dekat social media. Baru followers tahu apa aktiviti harian yang kita buat.. Tapi sebenarnya, ada beberapa jenis perkara yang kita tak sepatutnya share dekat public. Sangat merbahayakan! Jom check out supaya lepas ni kita tak ulang kesilapan tu..

LOCATION DEKAT GAMBAR

via GIPHY

Location kita sepatutnya menjadi rahsia dah tak perlu dikongsi pada orang lain, terutamanya followers yang tak dikenali. Just imagine kalau ada orang berniat jahat pada korang then dia hanya perlu tengok social media korang je untuk tahu location terkini. Tak ke perkara tersebut akan mengundang bahaya? Silap hari bulan ada orang follow korang dari jauh tau. Hati-hati girls…

GAMBAR BABY MANDI

Sumber gambar: http://wilkinsonquints.blogspot.com/2008/05/rub-dub-dub-five-babies-in-tub.html

Zaman sekarang ni ramai manusia yang pelik-pelik. Terutamanya jenis pedofilia yang ada nafsu pelik pada kanak-kanak. Elakkan share gambar adik kecil korang yang tengah dalam keadaan bogel atau mandi dekat rumah. Kita tak tahu macam mana imaginasi pedofilia ni, mungkin mereka akan jadikan adik korang sebagai ‘modal’ untuk aktiviti tak sepatutnya tu!

GAMBAR KANAK-KANAK LAIN

Sumber gambar: Lunaria.com

Sebenarnya, before kita nak share gambar kanak-kanak lain dekat social media, kita perlu dapatkan kebenaran parents mereka tau.. Kalau parents memang tak kisah gambar anak ada dekat merata tempat, tu tak ada hal la. Cuma ada certain parents yang tak suka tengok gambar anaknya ada dekat carian internet. So, jangan sebab budak tu cute, korang main share sesuka hati je gambar anak mereka okay!

KEGANASAN ATAU PENDERAAN

Sumber gambar: http://verdelljessup.com/specializations/children/sad-kid/

Siapa je yang suka bila dah kena marah atau pukul, kena pula expose ke public. Perasaan malu dan marah jadi bercampur baur. Nanti kalau si mangsa jumpa video tu, mesti dia akan rasa down. Kalau korang nampak ada orang kena pukul atau dera, jangan terus share ke social media. Sebaiknya kita beri bantuan pada yang memerlukan!

So girls, before share apa-apa dekat social media tu, fikir masak-masak ya. Takut apa yang kita share tu boleh buatkan orang lain dalam bahaya pula. Dan tak semestinya post kita viral itu bagus tau!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

#YesNoMaybe : Try #GhostPepperChallenge Sampai Meleleh!

Apa Nak Buat Bila Jerawat Pasir Tumbuh?!