in ,

Perkara Penting Korang Kena Tahu Sebelum Bela Pet

Sumber gambar: Youtube.com

Bestnya kalau dapat bela kucing ke, sugar glider ke, hamster pun best juga! Tapi nanti confirm leceh nak jaga sebab kena bagi makan la, bersihkan tempat tahi la semua tu.

Nak bela pet ni memang best. Just imagine balik sekolah terus disambut dengan kucing dekat depan pintu rumah. Mesti setiap hari korang sendiri rasa excited nak balik rumah kan? Tapi before korang excited nak bela pet dekat rumah ni, kena juga buat preparation dan tahu beberapa perkara berkaitan dengan haiwan peliharaan ni. Contohnya persekitaran hidup, makanan mereka, tempat tinggal dan semua la. Lagi pun jaga haiwan ni memang pahala sebab kita melindungi mereka daripada bahaya dekat luar sana. Ainaa ada sediakan beberapa perkara yang korang kena ambil tahu sebelum mula bela pets which is…

HAIWAN BOLEH SAKIT MACAM KITA

via GIPHY

Kalau dah nama pun makhluk hidup, mesti akan rasa sakit even kita pun kadang-kadang akan sakit juga kan. So, korang kena tahu beberapa penyakit yang selalu menyerang haiwan, especially kucing. Antara penyakit yang selalu dijangkiti oleh kucing ialah kencing manis, rabies, parasit, penyakit berkaitan saluran kencing dan banyak lagi. Dekat sini korang kena tahu yang once kucing ni sakit, korang kena bawa ke klinik haiwan untuk dapatkan rawatan. Make sure dah simpan duit khas untuk kos perubatan kucing korang dan selalu jaga mereka dengan sebaiknya supaya tak terkena penyakit berbahaya. Setakat selsema atau demam tu biasa la, but still kena bawa ke hospital ya.

BAGI PERHATIAN

via GIPHY

Bukan kita sahaja yang nakkan perhatian, pets pun nakkan perhatian juga. Setiap masa kalau boleh korang kena belai mereka, main sekejap dan make sure dia tak rasa depress dekat rumah. Ya, kucing pun boleh rasa depress bila dia terkurung dekat sesuatu tempat. That’s why kalau tak mahu bawa mereka keluar rumah, at least bagi perhatian juga. Sometimes kalau korang tidur, kucing korang mungkin akan naik ke katil secara tiba-tiba tanpa bagi warning. Jangan pula waktu tu korang terus halau dia. Bila dah bela kucing ni kena get ready je la apa yang akan dia lakukan.

BULU-BULU KEHIDUPAN

Image result for bulu kucing gugur
Sumber gambar: Kucing.my

Biasanya isu kalau parents tak bagi bela pets macam kucing ni ialah sebab bulu. Ada certain orang tak tahan dengan bulu kucing. Mereka mungkin akan alami selsema atau asma. Bulu kucing ni bahaya tau for those yang tak tahan. Korang mesti pernah dengar kes orang sesak nafas sebab terkena bulu kucing kan? So kalau parents korang tak bagi bela kucing, jangan degil ya. Korang kena selalu bersihkan bulu kucing yang melekat dekat merata tempat lagi-lagi dekat baju! Just imagine mak korang baru lepas lipat kain, lepastu si kucing tu pula dengan selamba baring dekat timbunan kain! Tak ke mengamuk mak korang jadinya nanti? Haha!

KEBERSIHAN HAIWAN KEUTAMAAN ANDA

Image result for cat shit
Sumber gambar: Mypk

Ya, kebersihan kucing ni paling utama sekali! Jangan sesekali diabaikan walau sekejap. Tadi kita cakap tentang orang yang tak tahan dengan bulu kucing, sekarang ni orang yang tak tahan dengan bau tahi kucing. Guys, bau tahi kucing ni toksik tau. Sekali sedut bau, terus pening kepala! Nampak macam mudah tapi sebenarnya ia sangat bahaya untuk certain orang terutamanya ibu mengandung. Sebab kena bau tahi kucing ni bahaya untuk ibu mengandung ialah jangkitan parasit. Parasit yang membiak dekat dalam usus dan tahi kucing akan menyebabkan kesan sampingan pada kandungan ibu itu sendiri. Kalau korang bela kucing dekat dalam rumah, make sure selalu buang tahi dan air kencing mereka. At the same time, kerap kali tukar pasir supaya bau tak melekat dengan lebih lama. Cara yang boleh korang gunakan untuk hilangkan bau tahi kucing ialah dengan letakkan arang dekat sebelah ‘toilet’ kucing korang tu.

Actually panduan yang Ainaa bagi ni more to those yang nak bela kucing. Ye la, pets yang biasa kita bela ppun mesti kucing kan? Boleh dikatakan juga yang kucing ni ialah haiwan yang paling senang nak dibela. Tapi agak leceh kalau korang tak bersungguh-sungguh untuk jaga mereka.

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tips Beli Baju Bundle Untuk Broke Fashionista

No Smartphone Untuk Remaja Bawah 21 Tahun Di US?