in ,

Perkara No No Kepada Lelaki Bila Bercinta

Sumber gambar: https://www.youtube.com/watch?v=ei8htoNesbY

Dalam sesuatu hubungan ini, apa yang penting adalah menghormati perasaan dan diri antara satu sama lain. Kalau korang tak boleh nak beri komitmen, sebaiknya korang undur diri supaya tidak menyakitkan hati sebelah pihak lagi. Kali ini, Zoe nak kongsi dengan #Lunagirls semua apa yang buatkan lelaki turn off waktu korang bercinta.

TAK JUJUR

via GIPHY

Ini bukan sahaja waktu bercinta, kalau korang dalam hubungan antara kawan ke, keluarga ke dan lain-lain, kejujuran ini adalah benda paling penting tau! Kalau someone tak jujur dengan awak semua mesti awak tak suka dan marahkan. Jadi, samalah dengan lelaki. Walaupun mereka nampak chill dan tenang sahaja, bukan bermakna dia okay tau, dia pun bengang kalau awak tak jujur dengan dia.

RAMAI KAWAN LELAKI

Sumber gambar:

Ini selalu sangat terjadi, bila boyfriend awak ada ramai kawan perempuan awak tak suka dan kadang-kadang ada yang sampai boyfriend dia tak kawan dengan kawan perempuan dia itu lagi. Ish ish! Tapi cuba kalau awak #Lunagirls ramai kawan lelaki? Beribu alasan awak bagi supaya pasangan awak memahami situasi awak. Eh mana boleh, tidak adil lah untuk pasangan awak. Korang ingat boyfriend korang tak jealous ke tengok korang ada ramai kawan lelaki, iyalah dia pun risau kut kawan lelaki awak itu simpan perasaan dekat awak selama korang berkawan. Hmm…

ATTENTION SEEKER

via GIPHY

Lelaki paling turn off kalau korang girls suka cari perhatian tanpa sebab, contohnya tiba-tiba nak mengada-ngada depan orang ramai padahal nothing pun yang jadi. Lepas itu, time itulah awak saja nak cari gaduh ke apa ke, memang 100% akan buat mereka annoyed dengan perangai korang.

SENGAJA NAK BAGI JEALOUS

Sumber gambar:

Ini memang cari nahas kalau korang buat. Ada orang yang tahu memang korang sengaja buat hal, kalau yang tak tahu? Free-free je korang kena tinggal. Dia same goes to you lah girls… Senang cerita, jangan buat perkara yang korang tak suka dekat orang yang korang sayang.

Jadi korang yang boys setuju tak dengan semua point yang Zoe cakap? Betulkan? Selepas ini, #Lunagirls janganlah buat benda-benda yang pasangan korang tak suka ya. Apa-apa pun communication itu sangat penting dan jangan diam saja lepas itu buat hal masing-masing sebab turn off dengan perangai salah seorang.Β 

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ini Maksud Sebalik Bebelan Ibu…

Boleh Ke Cinta Monyet Bawa Ke Jinjang Pelamin?