in ,

Perkara Korang Kena Buat Before Habis Tahun 2019

Sumber gambar: pinterest.com

Weehuuu! Lagi dua minggu dah nak masuk tahun baru! Bestnya tak sabar nak countdown sambut tahun baru.

Korang tengah menghitung hari nak sambung tahun baru ke? So far apa azam tahun 2019 korang yang dah tercapai? Atau masih belum tercapai lagi sebab asyik tangguh-tangguh? Hehe! It’s okay, rasanya ramai je yang tak tercapai azam mereka pada tahun ini. Kita boleh bawa azam itu pada tahun 2020, tapi kalau masih tak tercapai, bawa je sampai ke tahun yang akan datang. Before habis tahun 2019 ini, why not korang cuba dulu benda ini in case korang masih tak buat lagi!

CONFESS DEKAT CRUSH

Image result for i like you meme
Sumber gambar: sayingimages

Haihh, bab hati dan perasaan ini memang tak boleh nak paksa atau berharap sangat. Tapi daripada kita pendam tak luahkan, lagi rasa sakit betul tak? Baik luahkan sebelum terlambat, mana tahu kalau dah luahkan, sekali cinta dibalas? Korang boleh, jangan malu-malu. Kalau malu sampai bila pun si dia tak tahu yang korang sukakan dia. At least ‘seksa’ korang untuk tahun 2019 dah terhenti dan tak bawa sampai ke tahun 2020. So sakit itu hanya dirasai beberapa hari je. Masuk tahun baruΒ make sure korang lupakan segala-galanya. Kalau dia reject korang tahun ini, tahun depan korang boleh cari crush baru! Make sure this time kalau ada perasaan dekat dia, confess je, penat nak sembunyikan perasaan ini.

POTONG RAMBUT STYLE BARU

via GIPHY

Korang jenis sayang nak potong rambut ke atau jenis yang memang suka potong rambut setiap kali dah panjang? Kalau sis sendiri, mestilah geng sayang nak potong rambut! Ainaa punya tahap sayang nak potong rambut sampai menangis lepas dah potong tau. Korang pun mesti ada je yang macam itukan? Memang rambut kita akan panjang juga nanti, tapi sayang! For those yang tergolong dalam geng macam Ainaa, why not before end of this year kita cuba gaya rambut baru nak? Kita potong rambut dan buat style sikit. This time jangan menangis dah bila potong rambut, anggap je itu sebagai satu pengorbanan sebelum tahun baru! Mana tahu lepas dah potong rambut, perasaan sayang untuk potong rambut lepas ini dah hilang?

BERBAIK DENGAN MUSUH SEJAK TADIKA

Image result for let's be friend meme
Sumber gambar: cheezburger

Setiap orang mesti ada musuh. Tapi bukan maksudnya musuh sampai benci bila tengok dia bahagia atau apa pun. Maybe ada sikap dia yang buatkan korang kurang senang, end up decide untuk tak berkawan dengan dia. Cuba ingat balik, dah berapa lama korang berkelakuan macam itu? Adakah sejak tadika, sekolah rendah atau semalam sebab dia tegur crush korang? Tak best nak bermusuh dan bermasam muka, baik korang berbaik lagi best. Mana tahu bila dah berbaik terus boleh jadi BFF ke? Dalam diam bila dah jadi BFF, korang pun boleh minat orang yang sama. Lepas itu tak ada nak bergaduh berebut crushΒ lagi?

MENGAKU BUAT SALAH DEKAT SEMUA ORANG

via GIPHY

Ehemm, korang ada simpan rasa bersalah dekat sesiapa tak? Mana tahu before this korang ada buat salah dekat sesiapa tapi korang mendiamkan diri sampai sekarang sebab takut nak mengaku? Memang kita takut nak mengaku buat salah, tapi nak tak nak kena juga mengaku. Korang nak ke hidup dalam rasa serba salah seumur hidup? Let say korang ada salah dengan pakcik guard dulu sebab panjat pagar belakang, boleh je korang pergi singgah sekolah sekejap dan mengaku salah dekat dia, minta maaf dan janji jangan buat perangai macam itu dah. Confirm lepas korang mengaku akan rasa lega dalam diri. Cuba okay girls. Tak salah pun korang minta maaf dan mengaku kesalahan dekat orang lain.

Ada apa-apa lagi tak yang korang rasa kena buat before end of this year? Kalau ada jom share dekat IG Lunaria sebab sekarang kami tengah buat Q&A. Mana tahu ada persoalan yang korang nak tanya? Kami cuba jawab sebelum tahun baru ini okay!

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tips Nak Borak English Ala ‘British Accent’

Ciri-ciri Lelaki Acah Superhero Dan Overprotective