in ,

Perkara Korang Boleh Buat Jika Baru Lepas Kena Reject

Sumber gambar: decider.com

Alaaa, aku sudahlah since form 1 simpan perasaan dekat abang senior. Sekali dia reject gua sis! Ada juga yang menangis dekat bucu katil kejap lagi.

Kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan segalanya. Kalau dah memang bukan jodoh bersama, nak buat macam mana? Kena reject memang sakit, tapi sakit lagi kalau dia bagi harapan palsu dekat kita betul tak? Lebih baik kena reject awal-awal sebab kurang sikit sakit menahan perasaan. Cuma jangan rasa dunia ini dah berakhir sebab perjalanan hidup korang masih jauh lagi. But let say if korang kena reject dengan si dia, apa yang korang kena buat ialah…

CAKAP DEKAT DIRI SENDIRI ‘IT’S OKAY GIRL’

via GIPHY

Even korang kena reject dengan si dia sekali pun, korang tak perlu nak rasa down atau malu nak berhadapan dengan si dia after that. Apa yang korang perlu rasa ialah bangga dengan diri sendiri sebab akhirnya korang ada keyakinan untuk ungkapkan kebenaran. Tak semua orang berani luahkan perasaan, so korang antara yang paling berani antara kebanyakan girls out there! Just buat biasa je kalau terserempak dengan si dia dekat kantin. Kiranya kita move on daripada kisah silam dan mula mencari kejayaan dalam hidup dengan cara lupakan si dia, hehe! Maybe dengan cara itu one day nanti dia boleh suka korang semula?

AYUH CARI KEBAHAGIAAN YANG LAIN

Image result for kdrama scene get rejected

Perasaan kena reject bagaikan satu perasaan yang memang tak dapat digambarkan! Ada orang sampai sanggup cederakan diri sendiri sebab kena reject dengan orang yang dia terkejar-kejarkan. Ainaa sendiri pun akan rasa sedih dan kecewa kalau kena reject, malu woi! Tapi nak buat macam mana, kita tak boleh nak paksa si dia suka dekat kita semula? Ayuh kita cari kebahagiaan dalam diri, contohnya pergi food hunting dengan BFF, layan pantai, shopping or tidur pun salah satu kebahagaiaan dalam diri juga tau.

CARI PENGGANTI BARU!

via GIPHY

Apa susah, dah kena reject, kita cari pengganti baru. Sampai bila nak tunggu si dia terima cinta? This time cari pengganti yang korang rasa ada peluang untuk dia terima korang. Berkawan dulu dengan orang yang korang suka, bukan terus confess. Kalau terus confess memang orang tersebut reject. Tak pernah bertegur atau berkawan, tiba-tiba nak terus confess. Siapa yang tak takut kalau jadi macam tu kan? Make sure buat si dia jatuh hati dekat korang dulu, baru confess. That time baru dia boleh terus terima tanpa korang kena reject untuk kali ketiga?

LUPAKAN CINTA, KEJAR CITA-CITA

Related image
Sumber gambar: synopsis-film.blogspot

Ada orang kata kalau kita ada pembakar semangat dekat sekolah, baru perasaan nak belajar atau nak datang sekolah semakin membuak-buak. Kira macam sebab dia, kita jadi excited untuk ke sekolah. Tapi kenapa nak kena ada orang lain untuk buat korang berjaya? Lepas dah kena reject takkan nak terus kejar dia lagi? Lupakan saja semua tentang cinta, kita kejar cita-cita pula. Belajar sungguh-sungguh, score dalam setiap ujian dan exam. Dapat result gempak, boleh sambung belajar dekat tempat yang best. Mana tahu nanti dekat universiti, korang terserempak dengan jodoh dekat depan library ke, hehe! Jodoh pasti bertemu betul tak? Tapi sekarang ini fokus belajar dulu okay.

To girls out there, jangan rasa yang diri korang tak berguna kalau baru kena reject dengan si dia. Anggap yang dia dah rugi sebab dah terlepas orang berharga macam kita. For now kita belajar dulu okay? Dapat result gempak nanti, mungkin si dia sendiri datang dekat korang.

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Top 5 Cerita Indonesia Tentang Sekolah Korang Boleh Layan

Cara Mudah Nak Jadi Influencer Instagram