in ,

Perkara Biasa Terjadi Bila Kita Balik Kampung

Sumber gambar: Instagram ainaa_lunaria

Yeayy dah boleh balik kampung. Apa lagi nak bawak balik ni, pening pula kepala tak tahu nak bawa apa sebab rasa macam nak bawa satu almari!

Siapa sahaja yang tak excited nak balik kampung. Walaupun bakal bersesak di jalan raya tapi perasaan excited lagi berkobar-kobar. Lebih seronok bila dapat balik kampung beramai-ramai bersama adik-beradik yang lain.

Cuma bila seronok sangat dapat balik kampung, akan ada banyak perkara yang akan jadi sepanjang perjalanan. Korang pun mungkin pernah lalui beberapa perkara. Jom kita tengok apa agaknya perkara biasa yang akan terjadi bila kita nak balik ke kampung atau berjalan jauh.

TERTINGGAL BARANG

via GIPHY

Benda ini paling tak best, dah bergerak baru teringat tak bawa bantal busuk kesayangan! Memang tidaklah tukang kereta nak patah balik ke rumah. Sebab itulah kita digalakkan pack awal supaya semua barang keperluan lengkap dan tak ada yang tertinggal. Bila dah tertinggal mulalah buat muka sedih merayu minta tolong patah balik yang mana perkara itu tidak akan terjadi sama sekali lebih lagi kalau dah masuk highway. Tapi kalau barang yang tertinggal itu ialah barang parents korang, ada peluang untuk ambil sekali.

BAG TERLEBIH

Nak Kena Beli Bas Pula - bahejabella
Sumber gambar: Bahejabella

Seorang sampai dua tiga beg! Sudahnya tak muat bonet kereta, sebab itulah ada yang kena berhimpit dengan adik-beradik yang lain. Satu beg baju, satu handbag dan satu lagi ialah beg makeup plus toiletries.. Kalau nak packing, cuba pastikan bawa barang yang sepatutnya sahaja. Let say sebelum packing, korang set dulu baju apa nak pakai dan outfit apa yang sepatutnya korang pakai. Bila dah buat macam itu, baru beg tak melimpah dengan baju yang tak sepatutnya. Skincare pula bawa yang travel pack, tak perlu bawa besar-besar.

GADUH SPACE

Duniaku Diariku: INDONESIA DARI KACA MATA MAK ITI
Sumber gambar: Fazliana

Masing-masing dah naik berat badan semenjak PKP, mula bergaduh tak muat tempat duduk belakang. Maklumlah dah bercampur dengan beg yang banyak, hanya tinggal kecil sahaja ruang yang ada. Belum lagi masuk adik yang bongsu nak tidur baring atas peha, lagi tak muat. Biasanya mesti akan berebut untuk duduk dekat tengah-tengah sebab dapat rasa aircond paling dekat atau duduk dekat tepi tingkap sebab boleh buat IG story.. betul tak??

BISING TAK BOLEH TIDUR

via GIPHY

Bila dah excited nak balik mulalah ada yang menyanyi bagaikan ada konsert dalam kereta. Perjalanan yang makan masa yang lama, tak masuk dengan jalan jam lagi dapat pula ada yang terlalu semangat memang bakal buat kita rasa sakit hati. Nak tidur pun tak boleh sehinggakan kena tunggu mereka senyap dulu baru boleh tidur. Tapi perkara ini boleh jadikan kenangan manis bila dah besar nanti. Korang akan rindu nak bersempit dan bergaduh dalam kereta sebab semua nak menang. LOL!

Walaupun tak dapat balik rentas negeri semasa bulan puasa dan raya lepas, tapi korang boleh anggap sahaja nak balik beraya dekat kampung sekarang. Mesti atuk dan nenek di kampung dah tak sabar nak jumpa cucu mereka! Selamat pulang ke kampung semua!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

WAYO! Yedam TREASURE Dapat Perhatian Ramai

Posisi Yoga Untuk Legakan Senggugut!