in ,

Perkara Biasa Tejadi Bila Kita Balik Kampung

Sumber gambar: Instagram ainaa_lunaria

Yeayy dah boleh balik kampung. Apa la nak bawak balik ni, pening pula kepala tak tahu nak bawak apa sebab rasa macam nak bawak semua je ni, hehe!

Siapa je yang tak excited nak balik kampung. Walaupun bakal bersesak dekat jalan raya tapi perasaan excited tu lagi la berkobar-kobar. Lagi best bila dapat balik kampung ramai-ramai dengan adik-beradik yang lain. Tapi lagi best kalau dapat konvoi dengan sedara-mara yang lain beramai-ramai, rasa macam balik raya je!

Cuma bila dah dapat balik kampung ni la banyak benda best yang akan jadi sepanjang perjalanan tu. Korang pun mesti pernah lalui beberapa perkara ni kan? Jom kita tengok apa agaknya perkara biasa yang akan terjadi bila kita nak balik ke kampung atau berjalan jauh.

TERTINGGAL BARANG

via GIPHY

Benda ni paling tak best, dah bergerak baru teringat tak bawa anak patung kesayangan! Memang tidak la ayah korang nak patah balik ke rumah. Sebab tu la korang kena packing awal supaya semua barang keperluan lengkap dan tak ada yang tertinggal. Bila dah tertinggal mula la merayu suurh patah balik yang mana perkara itu tidak akan terjadi sama sekali lagi-lagi kalau dah masuk ke highway. Tapi kalau barang yang tertinggal tu ialah barang parents korang, ada peluang la untuk ambil sekali. Doa la supaya barang mereka juga ada yang tertinggal, hehe!

BAG TERLEBIH

Nak Kena Beli Bas Pula - bahejabella
Sumber gambar: Bahejabella

Seorang sampai dua tiga beg! Memang tak muat la bonet kereta tu, sebab tu yang sampai kena berhimpit dengan adik-beradik yang lain. Satu beg baju, satu handbag dan satu lagi ialah beg makeup plus toiletries. Mana nak sumbat pula beg banyak-banyak tu kan. Korang kalau nak packing tu, cuba pastikan bawa barang yang sepatutnya sahaja. Let say sebelum packing tu, korang set dulu baju sekian sekian nak pakai waktu bila dan outfit apa yang sepatutnya korang pakai. Bila dah buat macam tu, baru la beg tu tak melimpah dengan baju yang tak sepatutnya. Skincare tu pun bawa travel pack je, tak perlu bawa besar-besar okay.

GADUH SPACE

Duniaku Diariku: INDONESIA DARI KACA MATA MAK ITI
Sumber gambar: Fazliana

Masing-masing dah naik berat badan semenjak PKP ni, mula la bergaduh tak ada space dekat tempat duduk belakang tu. Maklum la dah bercampur dengan beg yang banyak tu lagi la tinggal kecil je ruang yang ada. Belum lagi masuk adik korang yang bongsu tu nak tidur baring dekat peha, lagi la tak muat. Biasanya mesti akan berebut untuk duduk dekat tengah-tengah sebab dapat rasa aircond paling dekat atau duduk dekat tepi tingkap, boleh buat IG story.

BISING TAK BOLEH TIDUR

via GIPHY

Bila dah excited nak balik mula la ada yang menyanyi la melalak la apa la. Perjalanan dah la makan masa yang lama, tak masuk dengan jalan jam lagi dapat pula ada yang bising lagi la rasa sakit hati. Nak tidur pun tak boleh sampai kena tunggu mereka senyap dulu baru boleh tidur. Tapi benda ni boleh jadikan kenangan manis bila dah besar nanti. Bila dah ada ramai adik-beradik mesti la susah nak handle lagi-lagi kalau mereka tu masih lagi kecil. Tahan sekejap je, nanti tidur la mereka tu bila dah penat bising.

Mesti korang tengah rasa macam balik kampung waktu bulan puasa kan. Anggap je la korang tu tengah nak balik beraya dekat kampung. Mesti atuk dan nenek dekat kampung dah tak sabar nak jumpa cucu mereka! Selamat pulang ke kampung semua!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

WAYO! Yedam TREASURE Dapat Perhatian Ramai

Posisi Yoga Untuk Legakan Senggugut!