in ,

Period Punya Pasal, Habis Semua Tak Kena!

Sumber gambar: https://www.verywellfamily.com/help-your-teen-control-mood-swings-2610554

Amboi, tahu la awak tu tengah period. Tapi kenapa sampai nak mengamuk tak tentu pasal? Habis semua orang dekat kelas tu kena marah pula?

Girls, please jangan selfish bila tengah period tau… Jangan sesekali salahkan period, mood korang swing macam tu.Β Ada pelbagaiΒ cara untuk kawal emosi dan moodΒ swing semasa datang bulan! Harini Ainaa akan kongsikan dengan #Lunagirls supaya kita tak ‘makan orang’ bila PMS.

KAWAL PERNAFASAN

via GIPHY

Bila kita rasa marah, nafas kita akan jadi tak teratur dan dada akan rasa sesak. Untuk elakkan korang sesak nafas tiba-tiba, lebih baik korang kawal pernafasan dulu. Tenangkan minda dan mula bernafas dengan perlahan. Waktu last tu cuba bernafas dalam-dalam untuk legakan kawasan dada korang daripada rasa marah okay.

BAYANGKAN MAKANAN

via GIPHY

Dah nama pun period, kadang-kadang benda utama yang kita fikir mesti la makanan. So bila rasa diri tu dah tak terkawal, cuba ingat makanan dekat dapur rumah. Or else paling sedap, imagine coklat atau kek favorite korang. Confirm on the spot terus hilang rasa marah, tapi yang datang ialah rasa lapar, hehe!

ASINGKAN DIRI

via GIPHY

Before keadaan melarat, ada baiknya korang duduk jauh sikit daripada kawan-kawan yang lain. Risau korang termarah atau cakap benda yang tak elok dekat kawan-kawan pula. Pergi dekat satu sudut dan tenangkan diri. Tak perlu pun pergi jauh daripada kawan-kawan, cukup korang duduk dekat kerusi sendiri pun dah okay.

ISTIGHFAR

via GIPHY

Kita berbalik semula pada agama. Bawa mengucap dan istighfar banyak-banyak. Ingat pada Pencipta bila kita dah sampai moody tak tentu pasal. Akan tenang sikit hati kalau dah mula istighfar. Tapi rasanya korang takkan la sampai tak boleh nak kawal moody tu.. Tak elok tau selalu moody, boleh menyebabkan orang sekeliling tak selesa.

Ingat, jangan jadikan period sebagai ‘lesen’ untuk korang marah atau moody tak tentu pasal dengan orang lain. Tak kisah la family atau kawan-kawan sekali pun. Kita kan kuat?! #Lunagirls boleh cuba dulu cara ni okay..

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5G OTW! No More Internet Lambat…

Yay! Boleh Pakai Phone BLACKPINK!