in ,

Period Kali Pertama? Ini Korang Kena Buat

Sumber gambar: sexinfo.soc.ucsb.edu

Ish kenapa ada cecair lembik-lembik? Kenapa tiba-tiba ada darah pula… saya pendarahan ke? 

Sekarang korang umur berapa? Mungkin ada yang dah masuk umur akil baligh dan mungkin ada yang belum lagi, betul tak? Jangan risau, itu sangat normal sebab bila perempuan kena haid adalah antara umur 10 tahun ke 16 tahun. Dan tak kisah korang akan kena umur berapa, perkara itu memang normal dan tidak apa yang perlu dirisaukan. Untuk kitaran haid pertama, ia bermakna korang dah masuk satu langkah utama dari zaman remaja ke peringkat wanita. Dan untuk yang pertama kali kena period mungkin korang akan panik sikit sebab tak pasti itu period atau bukan. Jangan risau okay! Meh sini LUNARIA beritahu korang semua apa nak buat kalau first time kena period.

JAGA KEBERSIHAN

Sumber gambar: times of india

Benda utama yang pertama wajib korang lakukan adalah menjaga kebersihan. Korang perlu sentiasa tukar pad setiap empat jam. Ini bagi mengelakkan korang terkena sebarang jangkitan penyakit atau kuman. Selain itu, ia bagi mengelakkan kehadiran bau yang kurang menyenangkan dan ini tentu membuatkan diri kita dan orang di sekeliling berasa tidak selesa.

TANYA IBU DAN KAKAK

Sumber gambar: healthywomen

Disebabkan kita masih pertama kali kena haid dalam hidup, sebaiknya minta guide daripada ibu atau kakak. Minta bantuan mereka dan tanya tetapi kalau korang kena sewaktu di sekolah, korang boleh minta bantuan cikgu korang sebab mana tahu waktu itu tengah panik sampai blur tak tahu nak buat apa. Kalau segan nak tanya cikgu, boleh minta tolong kawan-kawan okay!

BERSEDIA SEGALA PERUBAHAN 

Sumber gambar: spunout

Seterusnya, benda yang perlu korang bersedia untuk hadapi dan akan tempuhi adalah bersedia dengan segala perubahan. Tidak kira dari segi emosi dan perubahan badan. Kalau emosi, korang nanti akan rasa seperti cepat sensitif dan mudah nak menangis, marah, kuat makan dan banyak lagi. Walaupun tak kena pada semua orang tapi kebanyakan dari perempuan mungkin akan mengalami perkara itu.

BACA SEGALA YANG BERKAITAN

Sumber gambar: bookriot

Selain bertanya kepada orang dewasa, korang boleh dapat info tentang hal berkaitan dengan period di laman web, buku dan sebagainya. Korang akan dapat banyak sangat pengetahuan tentang ciri-ciri darah haid, jenis-jenis darah wanita, cara membasuh darah haid, cara memakai tuala wanita, pemilihan fabrik bagi tuala wanita yang bersesuaian, simptom yang dialami ketika haid, cara mandi wajib selepas haid dan banyak lagi yang korang nak tahu sebab ia akan bantu korang dalam perkara tentang period.

JAGA PERGAULAN 

Sumber gambar: etsy

Untuk pengetahuan korang bila kita dah period, akan ada satu proses fisiologi yang mana setiap perempuan dalam umur tertentu dan berupaya untuk mengandung. Kiranya, badan korang dah boleh hasilkan ovum yang matang daripada ovari dan menyediakan lapisan dalam rahim untuk penempelan embrio. Dan dalam situasi ini, tidak dinafikan rasa nak tertarik dan menggatal kepada lawan jenis amat ketara selepas perubahan hormon tersebut. Oleh itu, jaga pergaulan korang dengan kawan lawan jenis bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku okay.

Jadi, korang dah tahu nak buat apa waktu kena first period? Sudah tak perlu risau dan terkejut sebab semua orang akan kena tetapi kalau korang dah lebih 16 tahun belum period itu, sebaiknya pergi berjumpa pakar dan doktor ya! 

What do you think?

17 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tips Elak Membazir Sempena Sale 12.12

Apa Yang Best Sangat Dalam Kulit Ayam Ni?