in ,

Perhatian Ayam Goreng Lover! Kedai Ayam Terbaik Wajib Cuba!

Sumber gambar: youtube.com/stephaniesoo

Ayam goreng adalah antara makanan yang sentiasa menjadi kegemaran orang ramai. Memang susah kalau kita nak jumpa orang yang tak suka makan ayam melainkan dia adalah seorang yang alergi dengan ayam. Ya, korang ingat tak ada ke orang yang alergi makan ayam. Ada tau! Memang kesian dan rugi sungguh! Sob sob sedihnya tapi tak apalah nak buat macam mana kan? Untuk yang penggemar ayam goreng seperti Zoe, nak tanya sikitlah, korang ini betul ke penggemar ayam goreng sebenar? Ke sebab crush suka makan ayam goreng barulah korang nak suka ayam goreng? Haha! Okaylah, tak apa. Mungkin ada antara korang ini suka sangat makan ayam goreng tapi baru nak berjinak-jinak kan? Ada berita baik untuk korang sebab kami ada beberapa list kedai ayam terbaik yang wajib korang cuba! Yeay! Boleh ajak mak ayah makan sekali! 

KYOCHON

Sumber gambar: kyochon

Salah satu ayam goreng Korea yang memang ramai orang suka. Dah lah satu hidangan itu memang banyak. Walaupun saiz ayamnya agak kecil tapi ia memang cukup untuk korang kongsi dengan ramai orang sebab korang boleh pilih nak hidangan berapa ketul. Selain itu, ayam Kyochon pun ada banyak flavour yang boleh korang cuba tau!

GOOBNE

Sumber gambar: followmetoeatla

Siapa peminat EXO mesti korang tahu yang Goobne kan! Sebab EXO adalah duta Goobne Chicken! Hehe! Ayam Goobne memang best dimakan sebab sebenarnya dia tak ada lah digoreng sangat pun tapi ayam dia dipanggang. Jadi, rasa dia memang sedap. Apa yang best, flavour snow cheese memang antara menu wajib yang akan Zoe order setiap kali datang makan di Goobne.

AYO!

Sumber gambar: carousell

Ayo Chicken pun antara ayam yang wajib korang cuba sebab dah lah murah, banyak dan besar pula itu! Orang Malaysia kan memang suka sangat dengan cheese dan Ayo Chicken memang akan bagi korang cheese yang banyak sangat tau! Korang makan pasti akan makan sampai licin habis cheese itu! Haha!

K FRY

Sumber gambar: sg2desaru

Mesti ramai kenal K Fry kan! Kedai ini tak sah kalau tak beratur panjang. Jadi, kalau korang suka makan ayam yang dibalut dengan cheese, korang boleh ajak keluarga makan di K Fry. Bukan setakat itu sahaja, hidangan Bingsu dia pun memang sedap dan manis. Dah makan ayam yang pedas, mesti kena makan benda manis untuk hilangkan rasa pedasnya, betul tak? Hehe

SHIHLIN

Sumber gambar: food grab

Walaupun rupanya cuma seperti ayam gunting tapi semua hidangan dari kedai Shihlin ini semuanya memang sedap sangat! Untuk siapa yang minat makan makanan pedas, kedai Shihlin memang sesuai untuk korang. Nak makan waktu tonton wayang pun memang on! Selain itu dia ada juga jual dengan hidangan nasi. Best kan! 

Sebenarnya, ada banyak lagi kedai ayam yang jual hidangan ayam terbaik untuk korang seperti 4Fingers, Nanda, Nando’s, Kenny Rogers, Chicken Plus dan banyak lagi. Lagi pun, sekarang ini ada banyak gerai yang jual ayam goreng seringgit, besar-besar tau ayam dia! Bolehlah korang buat mukbang dengan adik, abang, kakak dan BFF korang lepas ini. Eh! Tapi korang kena ingat! Makan itu makan juga tapi sekali sekala bersenam lah sekali, sebab ayam kan banyak kalorinya. Nanti berat naik, korang juga yang sedih. Hehe

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Fobia Pelik Yang Kita Jarang Dengar

Cara Manjakan Diri Sebelum Melangkah Ke Sekolah Semula