in ,

Pergi Open House Jangan Nak Membawang Pula!

Sumber gambar: https://pnews.space/percaya-atau-tak-7-soalan-kiiier-ini-pasti-ditanya-makcik-bawang-di-hari-raya/

Raya masih berbaki lagi beberapa minggu, mesti korang dapat banyak jemputan open house kan? Tak kisah la open house kawan parents, sedara-mara, kawan-kawan atau cikgu sekolah sekali pun, adab tetap WAJIB dijaga. For those yang maybe akan pergi mana-mana open house weekend ni, better prepare adab sopan korang macam dekat bawah ni…

SIFAT MALU

via GIPHY

Memandangkan tuan rumah tu memang rapat dengan family korang, selamba badak je buat rumah tu macam rumah sendiri sampai tak ada rasa segan silu. No no no! Tak kisah la rapat macam mana sekali pun, kita masih kena terapkan sifat malu dan diri bila ada dekat rumah orang. Kalau setakat  masuk dapur dia sebab nak tolong masak atau basuh pinggan tu tak ada hal la. Jangan pula sampai buka peti sejuk orang tu lepastu main makan je makanan dalam tu.

JANGAN GELOJOH

Sumber gambar: https://www.mstar.com.my/lain-lain/rencana/2016/05/30/pembaziran-makanan/

Dah nama pun open house, confirm banyak makanan sedap dihidangkan sampai kita sendiri tak tahu nak makan apa. Tapi jangan sampai lupa diri ya girls. Punya la seronok dengan semua makanan tu sampai semua benda korang nak ambil. Amboi, gelojoh sungguh sampai tercekik! Tak lari pun makanan tu semua, melainkan ramai tetamu yang datang. Tu dikira tak ada rezeki korang nak makan banyak la.

JAGA PEMAKAIAN

Sumber gambar: http://wanitahijab.com/wp-content/uploads/2017/08/?SD

Pergi rumah orang mesti la kena pakai baju elok-elok kan. Takkan nak pakai baju raya lusuh or seksi melampau. Biar la nampak manis bila ke open house tu, mana tahu tiba-tiba nampak jodoh pula dekat sana. Pilih baju yang selesa dipakai supaya tak rasa panas sangat. Lagi bagus kalau korang pakai baju yang senang nak lipat lengan, at least boleh tolong basuh pinggan. Hehe!

JANGAN MEMBAWANG

via GIPHY

Open house ni tujuannya merapatkan silaturahim dan kongsi rezeki dengan orang lain, bukannya tempat untuk korang membawang dengan tuan rumah. Jaga-jaga, kan dah Hari Raya, jangan la asyik nak membawang je. Lagi teruk kalau korang bantai buat bulatan dekat ruang tamu lepastu mula la membawang itu ini, habis tercemar kemeriahan raya tuan rumah.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Snapchat Filter Versi GAGAL!

Perangai Yang No No Time Open House!