in , ,

Pergi Karaoke Boleh Kuruskan Badan? Biar Betul!

Sumber gambar: https://www.howitworksdaily.com

Diet dan bersenam adalah kunci untuk kurangkan berat badan. Betul ke? Siapa dekat sini yang tengah on diet? Nak tanya, dah ada progress tak lagi-lagi time puasa ni, mesti banyak turun kan, girls? Sebenarnya diet bukan sekadar kurangkan pemakanan tau? Sepatutnya, amalkan diet yang seimbang. Ia memerlukan kesabaran yang tinggi, memang la result lambat tapi sangat berbaloi.. Ummi ada tips sikit untuk korang senang turun berat badan. Nak tahu? Jom check it out~

MENYANYI

via GIPHY

Boleh dikatakan hampir semua orang suka pergi karaoke untuk menyanyi. Kalau #Lunagirls nak tau, dengan menyanyi kita akan rasa tenang, stress pun boleh hilang. Bukan tu je, ia juga boleh menurunkan berat badan. Ya! Girls, tak percaya kan? Hihi.. Katanya kalau kita menyanyi selama sejam, boleh bakar lebih kurang 100 kalori tau. Ewah! Lepas ini menyanyi je lah hari-hari, hihi.. Jangan sampai ganggu jiran sebelah sudah…

MAKAN PERLAHAN

Sumber Gambar: http://attackofthecute.com

Korang tahu tak, sekiranya makan terlalu cepat, kita masih akan terasa lapar. Ini disebabkan otak kita perlu proses selama 20 minit untuk rasa kenyang. Jadi kalau korang tak nak asyik lapar dan selalu nak makan je, better makan lambat-lambat, enjoy every bite girls. Lagipun, orang perempuan mana elok makan gelojoh.

MAKAN GUNA PINGGAN KECIL

Sumber Gambar: http://abuhannansyatirah.blogspot.com

Bila time lapar, makanan semua nampak sedap. Kalau boleh waktu berbuka tu, mesti nak penuh kan satu pinggan dengan lauk-pauk. Semua tu nafsu, girls!  Korang kena tahan diri daripada makan berlebihan. Ingat goal dan matlamat korang! Tips Ummi, kalau tak nak makan banyak, gunakan pinggan yang kecil, so tak la korang terambil lauk lebih-lebih..

MAKAN DI MEJA MAKAN

via GIPHY

Siapa dekat sini ada habit makan depan TV? Haa! Helok sangat anak dara makan depan TV. Kalau boleh elakkan tau, bukan sebab tak elok je tapi bila makan depan TV ni buat kita menambah lebih banyak nasi. Ye lah! Sambil makan, layan K-Drama.. Terlalu fokus sangat dengan drama, sampai tak sedar nasi dah dua kali tambah! Macam mana la berat badan nak turun, hihi..

Jadi kalau rasa macam “kenapa aku dah diet, tapi berat badan still sama?” Better check balik cara diet korang tu. Tak pun korang ada buat benda-benda macam Ummi mention dekat atas ni. Nak kurus ni senang je tapi kena work hard sikit, okay girls?

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ramadhan Special #3: Sedekah On The Move

Marah & Protes Sampai Pecahkan iPhone Sendiri?!