in ,

Pergi Holiday Elak Matahari Macam Vampire!

Sumber gambar: https://wall.alphacoders.com

via GIPHY

Yeay! Minggu depan cuti sekolah, tak sabarnya! Excited tak #Lunagirls? Korang ada bercuti ke school holidays ni atau duduk rumah je? Ha! Sebelum bercuti tu, make sure siapkan kerja sekolah yang cikgu bagi dan jaga kesihatan. Yelah, sekarang kan cuaca tak menentu, sekejap panas, sekejap hujan. Untuk yang nak bercuti dekat pulau, hati-hati jangan sampai kulit kena sunburn. Tapi don’t worry, sebab Ummi ada tips untuk elak kena sunburn.

SUNBLOCK

via GIPHY

Girls! Ini tips penting tau, jangan lupa pakai sebab sunblock ni salah satu pelindung kulit. Kalau tak pakai, kulit korang boleh jadi kusam, berbelang dan gelap… nak ke? No no! Jadi sebelum meredah matahari terik itu, pakai sunblock tau, lagi-lagi di bahagian muka. Say no to sunburn!

CERMIN MATA HITAM

Sumber Gambar: https://www.rei.com

Pakai cermin mata hitam bukan setakat untuk bergaya tapi  juga untuk melindungi mata kita dari terkena sinar ultraviolet. Kalau #Lunagirls nak tahu, sinaran ultraviolet ni boleh merosakkan kornea dan retina mata kita. Takutnya! Untuk yang baru nak beli tu, cuba cari yang ada penghalang sinar UV ok?

ELAK MATAHARI

via GIPHY

Eh! Macam mana nak elak matahari, dah nama pun vacation. Maksud Ummi, bukanlah tak boleh buat apa-apa aktiviti langsung girls, just cuba elakkan matahari dari pukul 10 pagi hingga 4 petang. Matahari pada waktu ni hasilkan level radiasi yang kuat. Kalau korang terpaksa keluar juga, jalan kat area-area yang teduh atau gayakan baju lengan panjang dan seluar panjang.

PAKAIAN YANG SESUAI

Sumber Gambar: https://realm.com.my

Pakaian juga memainkan peranan penting, jadi korang kenalah pilih pakaian yang sesuai untuk melindungi diri korang dari cuaca yang tak menentu ni. Lagi-lagi musim panas ni, kalau boleh pakailah baju/dress yang material dia nipis dan sejuk atau warna-warna cair macam kuning atau putih. Kalau nak pakai hitam top-to-toe tu, haaa elak ada orang tegur je “tak panas ke, dik?”

Nah! Sekarang #Lunagirls tak perlulah risau lagi nak duduk bawah cahaya matahari lama-lama. Boleh lah OOTD dan upload gambar banyak-banyak. Seronoknya.. Apa-apa pun Ummi dan team LUNARIA nak mengucapkan happy holidays #Lunagirls!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

#InspirasiLuna: Tya Edros

Nak Trim Rambut Tapi Tak Ada Budget