in ,

Perfume Bau Rempah? Eiuw!

Sumber Gambar: https://www.allure.com

Perfume antara barang keperluan yang kita pakai setiap hari! Setiap orang ada favorite bauan.. Dan lain orang lain cara pemilihan bau perfume ni, dan dengan wangian ni juga dapat beri kesan personaliti kita tau.. Jom check out perfume bau apa sesuai dengan personaliti #Lunagirls!

FRUITY 

via GIPHY

Bagi korang yang suka perfume bau fruity macam bau buah epal, strawberry.. korang dikatakan seorang yang spontan Sebab suka merancang sesuatu benda yang tak pasti tapi akan buat tanpa dirancang! Dah nama pun spontan, maybe baru 5 minit rancang tiba-tiba dah kata on… jadi ke tak tu tak tahu lagi! Haha! Yang penting, korang seorang yang aktif dan ceria!

FLORAL 

Sumber Gambar: https://www.fragrantica.com

Siapa yang minat perfume floral ni akan ada personalitinya lebih romantic! Dan seorang yang suka bermanja-manja.. Kata lain seorang yang lemah lembut dalam bercakap dan feminine! Girl girl gitu!

REMPAH 

via GIPHY

Kenapa rempah, perfume bau kayu manis ke? Eh! Bukan #Lunagirls! Tapi perfume yang berbau fresh dan segar, more to nature gitu. Kebiasaanya orang yang gemar perfume berbau rempah ni, mempunyai semangat yang kuat, suka aktiviti luar dan masak seperti bersukan atau hiking.. Dah nama pun suka dengan nature kan?

ORIENTAL 

via GIPHY

Perfume oriental ni berbau sedikit unik tapi ada unsur-unsur urban.. Ia ada bau-bau mewah sedikit! Hihi! Siapa yang suka perfume bau macam ni, korang dikatakan seorang yang confident, berani hadapi pelbagai cabaran dan ready nak tempuh segala halangan!

Haa macam mana #Lunagirls? Sama tak personaliti korang dengan favorite perfume? Selalunya untuk remaja sesuai bauan yang fresh and sweet! Tak perlu bau yang kuat sangat girls! Kita dah cukup sweet! Hihi!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Phone Mahal Tapi Cable Sampai Bertampal!

Jaga-Jaga! Hand Dryer Lagi Banyak Kuman!