in ,

Perempuan Lelaki, Dua-Dua Pun Boleh Main E-Sport

Sumber gambar: http://www.thehive.asia/2017/03/introducing-malaysias-first-esports.html

Zaman sekarangΒ  kalau dimana-mana kita tengok memang ramai orang akan lepak duduk main game dengan kawan-kawan. Tidak kiralah mobile game atau pun di dekstop dan lain-lain. Walaupun masih ada lagi beberapa masyarakat dalam negara kita yang stereotaip terhadap kawan-kawan kita yang suka main game ini, which is segala game ini sudah termasuk sebagai e-sport yang akan diangkat sebagai salah satu pertandingan di peringkat kebangsaan. Baiklah, biar Zoe beritahu kenapa kita perlu supportΒ E-sport!

KARIER

Sumber gambar:

Melalui E-sukan, ia dapat mewujudkan pelbagai karier yang berkaitan seperti Atlet Profesional E-sukan, Jurutera Perisian, Animators, Video Game Tester dan lain-lain. Peluang pekerjaan seperti ini juga telah banyak dibuka di negara-negara maju seperti Amerika, Korea Selatan, Jepun, China, Singapura dan lain-lain disebabkan adanya E-sukan tau. Psst, gaji pun boleh tahan tau!

TEKNOLOGI

Sumber gambar:

Dunia pada abad ini memang akan sentiasa berkait dengan teknologi semasa. Walaupun kerja dalam macam-macam industri yang mana semua perkara akan menggunakan teknologi yang canggih. Sebab itulah kita perlu menyokong E-sukan supaya kita akan terus up to date dengan teknologi terkini!

INDUSTRI BARU

Sumber gambar:

Disebabkan ia merupakan salah satu industri baru dan tak cliche di negara kita, jadi kita perlu sokong dan beri peluang kepada E-sukan untuk melebarkan lagi sayapnya. Kiranya, janganlah pandang serong kepada kawan-kawan kita yang suka main E-gaming. Ini juga disebabkan perkembangan teknologi yang semakin canggih dan mungkin akan lebih hebat lagi pada masa hadapan. Lepas ini mungkin tak perlu phone untuk video call!

PULANGAN HEBAT

Sumber gambar:

Antara perkara paling orang selalu salah faham dan sentiasa cakap yang E-sukan sangat membuang masa dan tak beri apa-apa pulangan. Tapi sebenarnya #Lunagirls,Β E-sukan sangat memberi jumlah pulangan yang sangat banyak. Kebanyakan wang yang ditawarkan untuk pemain profesional pun kadang-kadang boleh mencecah dari RM 4,000 ke RM 100,000 tau! Woah! Dan mungkin kalau korang join di luar negara bertambah-tambah hadiah yang korang menang.

Jadi, selepas ini korang bolehlah mula berjinak-jinak dengan dunia E-sukan sebab banyak sangat faedahnya. Bukan setakat itu saja, kerajaan negara kita pun sudah mula memberi peluang untuk golongan belia negara kita untuk lebih aktif dalam dunia E-sukan. Tunggu apa lagi korang? Cepatlah asah bakat dan kemahiran korang sekarang! Hehe!Β 

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Giliran Facebook Pula Sorok Jumlah LikesπŸ‘ πŸ‘Ž

ARMY Buat Projek Hutan Sempena Birthday RM BTS